Wednesday, October 14, 2009

Perempuan Cemburu

Hey kamu si pencemburu.
Jangan ingat aku mahu semua yang kau perlu.
Jauh.
Aku suruh kau jauh.
Cukup tuding jari yang satu pada aku.
Yang empat ada pada kamu.

Kamu.
Tinggal serumah sekatil
Masih berkata menangkis menepis.
Jangan ingat perempuan aku si tolol bodoh.
Layar skrin papar nyata.
Kamu mahu kata aku yang dusta?
Hey.
Aku tak mahu apa yang kamu perlu!
Jadi berhenti menuduh berhenti cemburu buta.

Jauh.
Noktah papar semua perhatian.
Titik minta yang lain-lain beri keputusan.
Kamu jangan minta simpati pada cerita yang kamu bohong satu persatu.
Aku belum mahu hilang sabar.
Jangan jadikan aku sebagai kamu.
Bertopengkan pelakon sandaran!

Aku bukan perempuan yang kamu bisa kata cerca tak tentu hala.
Hey..
Apa yang kamu ada..
Tidak mahu aku jilat ludah yang ke lantai.
Jangan kamu cemburu pada perempuan aku.

Jangan kamu jadi perempuan cemburu sambil pejam mata.

4 comments:

Ahmad Syahril said...

hurrrmmm... hampir tak phm... huhuhu...

cemburu kalo sket ok laa... tapi kalo over... huishh...

p/s:baiklah... sy takkan jadi perempuan sambil pejam mata... :P

chipsmore said...

perempuan memang macam tuuu..hahaha..

cik HEBAT said...

betul3

perempuanku said...

ahmad syahril: tak faham? ini penulisan ketika emosi.. :P

chipsmore: cemburu itu perlu tapi perlu juga dibataskan pada satu garis penentu.

cik hebat: macam upin ipin.. :P