Friday, October 2, 2009

Selamat Pergi Cinta (3)

aku : letih bercinta ni.

dia: kenapa?

aku: macam-macam. kena jaga hati, tak boleh buat itu tak boleh buat ini, kena punch card, siapa kawan awak tu? kenapa awak rapat dengan dia ni? awak asyik kerja..tak ada masa untuk saya.. RIMAS.

dia: jadi, cinta itu bagi awak 'complicated'?

aku: mungkin.

dia: awak serik?

aku: saya letih. berkenalan, menghargai, menyayangi..kemudian bertengkar, silap sana silap sini.. ada pengakhiran yang memutuskan segalanya. cinta itu memenatkan.

dia: awak ada bercakap tentang percaya, kan?

aku: ya, kenapa?

dia: dia kata dia berani kerana dia tidak ada buat sebarang kesilapan. tidak pernah punyai hubungan dengan sesiapa. dia hanya keluar untuk kerja.

aku: dengan kata lain, dia mahu katakan saya yang tidak jujur, saya yang selalu tidak mampu beri masa, saya yang boleh dipertikaikan perbuatan?

dia: saya tak tau.

aku: noktah itu sudah kali keempat saya lakarkan. mungkin saya perlu lakarkan yang ke lima?

dia: kadang-kadang emosi bisa buat kita lupa. pada cinta yang pernah indah dan bahagia.

aku: saya masih cinta dia.

dia: memaafkan itu perlu.

20 comments:

smilwy said...

i tot u're da one..

Cinta indah,gembira,sayang..sayang sgt..
Rindu sehingga menangis..terlalu rindu..
Hebat cinta itu..cinta teragung..
Cemburu..menyakitkan..penat..
Percaya perlu ada..cemburu lagi..penat..
Adakah cemburu mengatasi cinta?
Adakah cinta yg mengatasi cemburu?
Sukar untuk ditafsirkan..
Tetapi, selagi cinta teragung itu lebih hebat dari cemburu,tak ke mana cinta itu..

Cinta: sy cintakan kamu..
Cemburu: saya lagi cintakn kamu,tetapi sy cemburu..
Cinta:cemburu tandanya sayang kan..
Cemburu: jika kamu lg cintakan sy, cemburu itu harus diganti dengan percaya..
Percaya:harus ada percaya..
Cinta: tiada lg cemburu,hanya ada cinta dan percaya..

perempuanku said...

mungkin semasa kamu menulis kamu telah berfikir tentang segala yang pernah kamu lakukan.. yang telah mengguris hati dia. percaya itu asas dalam hubungan, mempertikaikan kejujuran adalah kelukaan apatah lagi apabila dia yang kamu pertikaikan tidak pernah mencurangi perasaan. jadi kamu perlu berfikir. cemburu, cinta dan percaya.

ADMSKY said...

mungkin soalnya,cinta tanpa cemburu itu bkn cinta? Habis,kalau tak cemburu maka tak cinta?
Cinta perlu percaya..percaya yg bagaimana? Hmm... Entahlah..

ADMSKY said...

mungkin soalnya,cinta tanpa cemburu itu bkn cinta? Habis,kalau tak cemburu maka tak cinta?
Cinta perlu percaya..percaya yg bagaimana? Hmm... Entahlah..

perempuanku said...

admsky: cemburu itu kadangkala perlu. tapi cemburu yang keterlaluan akan lebih banyak melukakan dari menyelesaikan permasalahan. tanpa cemburu masih ada cinta. cinta yang utuh dengan percaya.

smilwy said...

kepada cinta,cemburu dan percaya..
Kamu terlupa satu perkara
Maaf..kamu perlu memaafkan dan dimaafkan..
Berilah kesempatan itu selagi ada..
Hidup ini terlalu singkat..
Hidup ini hanya sementara..
Menyesal tiada gunanya..
Hanya penyesalan yang tinggal untuk dikenang..

smilwy said...

Kepada cinta, cemburu dan percaya...
Kamu terlupa ini...Maaf...
Maaf atas segala yang terjadi...
Jika manusia hanya ada 1 perasaan, mustahil bukan...
Manusia ada bermacam-macam perasaan...
Buang perasaan cemburu itu...
Cintalah, percayalah dan maafkan jika ada salah dan silap...
Sesungguhnya, salah dan silap itu tidak disengajakan...
Kerana cinta lahir dari hati perasaan yang ikhlas...

smilwy said...

"masih mencari kepercayaan"

percaya itu datang dari hati bukan...
kepercayaan bukan untuk dicari...
tekad untuk percaya...
tekad...

smilwy said...

"cinta itu cinta"

cin: mungkin kita tidak ada jodoh...kita serahkan pada yang Maha Esa...jika tiada kepercayaan dlm cinta kita, tidak ada maknanya...mana pergi percaya kamu? kamu jujur dan mencintai saya tetapi kamu tidak percayakan saya, ta...

ta: cin, siapa yang cakap kita tidak ada jodoh...saya masih pakai cincin yang kamu bagi...saya masih cintakan kamu...cinta saya utuh tidak kira apa terjadi,cin...

cin: ta, saya tekad untuk percaya pada cinta kita, pada Cinta...

Cin dan ta yang seringkali bergaduh atas satu sahaja, tiada kepercayaan...cinta mereka utuh, mereka gembira, mereka gelak bersama setiap hari dan setiap malam...cin dan ta, serasi bersama...cinta mereka mekar setiap hari, bersama susah dan senang, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...
Kerana tiadanya percaya jadinya pertelingkahan...
tetapi Cinta mereka utuh,tak mudah goyah...

perempuanku said...

smilwy: kamu mungkin menulis dengan pengalaman yang kamu lalui. mungkin cinta utuh dan tiada goyah. tapi cinta yang terluka?

smilwy said...

tiada cinta yang sempurna...
ada cinta yang kekal, dan ada yang putus separuh jalan...
ada yang sedaya upaya menyelamatkan cinta, tetapi gagal...
ada yang tidak pedulikan cinta...
cinta yang terluka?
luka akan sembuh tetapi akan tinggalkan bekas... ada bekas yang hilang, dan ada yang kekal...
jika ada bekas pun, cubalah untuk lupakan luka itu...

Ahmad Syahril said...

cinta yg paling indah adalah cinta akan Allah dan Rasul-Nya... cinta akan agama... abadi serta berkekalan dari dunia hingga akhirat...

bila cinta paling indah itu disempurnakan... maka cinta yg lain turut serta menjadi indah...

Salam singgah... Salam Syawal... Salam alaik...

p/s: tolong doakan hati saya ini tidak diikat dgn cinta dunia dan makhluk...

perempuanku said...

ahmad syahril: saya doakan kamu..

Aku... CikSekut said...

Selalu saya terfikir, kenapa kita ini terlalu memikirkan soal cinta? Cinta sesama manusia itulah yang lebih kita juruskan. Memang cinta itu satu keperluan. Tuhan telah menjanjikan semua itu kepada manusia... diberiNya cinta tapi sering juga kita ini terlupa, Tuhan tidak pernah menyatakan bahawa cinta itu punya bentuk tertentu. Tuhan juga tidak menyatakan bahawa cinta itu seharusnya sentiasa bahagia. Kita sebenarnya yg buta utk melihat bahawa dalam cinta itu sendiri ada manis, pahit, duka, ria, bahagia, luka, kecewa dan byk lagi... semua itu adalah apa yang kita namakan CINTA bukan hanya bahagia, percaya, gembira. Kalau salah satu tak pernah kita lalui... APAKAH KITA SEBENARNYA SUDAH CUKUP TAHU MAKNA MENCINTAI DAN DICINTAI?

Apa pun bentuk cinta yang pernah kita lalui... itu adalah butir-butir kehidupan yang Tuhan unjukkan kepada kita seupaya kita belajar. Jika kita merasa sakit dr hasil cinta, maka itulah pengajaran dari Yang Esa supaya kita lebih melihat dan menghargai apa makna cinta dan apa makna hidup.

Saya tidak pernah percaya bahawa cinta itu bererti sentiasa bahagia. Jika cinta yang saya lalui sentiasa begitu bermakna... SAYA BLM CUKUP MELALUI PROSES HIDUP... :)kerana Tuhan tidak pernah menjanjikan kehidupan kita di dunia ini sentiasa indah dan bahagia. Kehidupan itu sendiri bermakna pasti ada keseimbangan antara yg baik dan buruk. Indah dan cela. Cinta juga tidak boleh lari dari itu semua.

So, min... just lapangkan dada... just remember, kamu sebenarnya sedang melalui fasa kehidupan itu sendiri. It will change. Tiba masa ia kan berlalu dan berubah... to grow, you do need all of them... suka duka bahagia derita... :)

perempuanku said...

cik sekut: terima kasih. saya percaya, cinta itu lebih luas dari hanya berkasih sayang. saya sedang belajar tentang cinta.. saya harap masih ada ruang percaya dalam diri saya terhadap cinta.

rina said...

cik skutz & min, anda mengkomplikasi kan CINTA. Keep it simple my dear fren, for LOVE is always beautiful. Ada rahsia, rahsianya, CINTA TANPA KONDISI. Learn this, my dear frens, learn this & u will find that LOVE is actually very BEAUTIFUL.

perempuanku said...

kak ina: cinta tanpa kondisi... min masih tak merasai dan memahami yang itu...

rina said...

Cinta tanpa kondisi tu min, is to love someone without any expectation, without any attachment, without any resposibility, without even wanting to be love back, tiada kondisi min, tiada kondisi. The only way to love someone that way is by 1st, love urself, 2nd, by accepting that we human is not perfect, 3rd is by letting go. What meant to be ours, will be ours. I pray for u. I pray that one day, u can love without conditions. I pray that someday, u will find someone that will love u without conditions, as well. Good luck, dear!

perempuanku said...

i wanna experience that.. it is so nice if i could love 'tanpa kondisi'

Aku... CikSekut said...

cik rina... saya tidak merumitkan (mengklomplikasikan) maksud cinta itu pun... mungkin anda yang tidak begitu memahami apa yg ingin saya sampaikan barangkali... :)

saya tidak menyatakan bahawa cinta itu tidak indah, love is indeed beautiful...I've been there :) tetapi cik rina kita kena terima hakikat yang tak semua cinta utk setiap daripada kita ini sentiasa berakhir dalam BENTUK yang cantik dan bahagia setiap masa dan ketika...

jika sekali pun tidak cantik atau tidak indah bentuknya, saya cuma mahu si adik min ini menerima bahawa ia hanya satu proses perjalanan hidup, tidak perlu diberatkan... bercintalah dalam kesederhanaan... itu lebih baik. CINTA YG INDAH ADALAH CINTA YG BERNYAWA DALAM KEADAAN YG SEDERHANA :)

jika ingin kita katakan cinta itu tanpa permintaan, tanpa harapan,tanpa ikatan, tanpa expectation, tanpa condition, tanpa pergantungan, tanpa tanggunjawab... :) mana mungkin saudari... apabila hati terdetik kali pertama cinta berputik pun... cinta itu sudah menjadi satu condition (adakah kita bisa melaluinya), hope (jgn kata tidak ada), attachment (perasaan yg wujud itu bukankan titik pertama?)... terlalu byk cik rina...

... but i do agree love is beautiful... as long as you try to make it beautiful... in trying, you still need all the above my dear :)