Tuesday, November 4, 2008

Suami org- ep 4 (Abby Abadi n Norman Hakim)

Pening? Dengar HOTFM tadi. Topik "orang punya". Besh2. How to start? Saje nak kupas cerita pasal Abby Abadi n Norman Hakim. Kesian & Bodoh. That's my first comment. That's not the first time Norman buat hal. Tak tau nak cakap macam mana. Bukan ape.. the last time aku baca pasal Abby, is about die punye new baby gurl.. majlis cukur jambul..n the next thing..Norman kena cekup...Abby baru habis pantang..Gosh.... artis memang macam ni ke? Kawin, skandal, cerai, kawin lain.. is marriage something cheap for them? Aku tak faham macam mana perkahwinan boleh jadi something yang ringan bagi kebanyakan artis.

Betul la kata umi aku. Nak cari suami, kena tengok agama dulu. Kalau lelaki tu ada asas agama, macam mana die nak buat jahat pun, die akan balik pada agama balik. Tapi, zaman sekarang susah nak cari lelaki yang beriman...hm.. talking about iman..aku pun bukan lah beriman sangat but if aku nak kawin, of coz aku nak suami yang boleh membimbing aku.

Bercakap pasal "orang punye" ni, aku terfikir .. apa kepuasan yang akan si perampas ni dapat bile ambik hak orang? Kak Ira kata " Dia akan rasa diri dia hebat". Memey tu..artis yang baru nak naik. Kenapa buat macam tu? Perempuan sepatutnya faham apa yang perempuan lain rasa. I have nothing against polygamy. Poligami halal dalam Islam. Tapi, buatlah denagn cara yang betul. Baru jadi artis ...baru menapak...Belum pun dikenali ramai..(aku pun tak kenal kalau bukan sebab kena tangkap basah)..dah calit arang kat muka sendiri. Macam mana orang nak respect dia sebagai artis..sebagai perempuan? sebagai manusia even.. Tak fikir ke.. macam mana impak kecacatan perangai tu pada keluarga? Pada kerjaya?

Sedih...Malu...Aku simpati pada Abby. Masa Abby bagi kenyataan dekat melodi..die nampak sangat mati dan kosong. That shows..dia sangat terluka. Macam mana seorang suami yang di beri amanah untuk menjaga hati isteri sanggup pejam mata atas pengorbanan isteri? Isteri yang sanggup lahirkan cahaya mata untuk si suami. Isteri yang sanggup asuh, didik anak-anak untuk si suami...

Norman? Beri keterangan pada wartawan dengan tenang n selamba..macam memang tak buat salah langsung. Main2 dengan hati isteri..anak-anak. Aku tak tau apa yang jadi sebenarnya. Tapi, kenyataan di tangkap basah dah cukup melukakan. Cukup menghancurkan hati ramai..isteri anak-anak dan keluarga.

Mengabaikan tanggungjawab adalah dosa besar kerana bercangah dengan firman Allah SWT: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu dengan cara yang baik. Dan kemudian jika kamu berasa benci terhadap mereka janganlah terburu-buru kamu menceraikan mereka.; kerana boleh jadi apa yang kamu benci sedangkan Allah mahu jadikan apa yang kamu benci itu kebajikan yang banyak kepada kamu." - Surah An-Nisaa'; ayat 19.

So...pengajarannya.. fikir sebelum buat apa-apa...bak kata Nabil.. Lu Pikirla Sendiri...

7 comments:

lemOn said...

hahaha. lu pk la sndri.
nabil..nabil.

Anonymous said...

Bulan Nov ni bulan pasal kahwin yer..Cuti sekolah dah dekat, kawan2ofis ramai yg nak kahwin..Cuma nasihat saya fikirla utk tujuan apa satu perkahwinan diadakan. Bercinta mungkin senang, tapi kahwin ni tanggungjawab. Saya harap min tak jadi mcm article Suami org-ep1,2,3,4 la yer.he.he.

Min said...
This comment has been removed by the author.
Min said...

betullah tu...semua org kat fis ni dah nak kawin...yang bujang pun semua dah berpunye..huhu.. anyway...kalau min nak buat jahat..lame dah jadi mcm memey..tapi..tak moh la... :)

Anonymous said...

Cik Min betul ke yang bujang kat ofis you semuanya dah berpunya? Takkan tak ada seorang yang berkenan dihati? Pada saya la, poligami ni sebenarnya bukanlah benda yang tak elok. Kalau lelaki bertanggungjawab dan boleh bahagi kasih sayang, apa salahnya. I kalau ada peluang pun nak. Tapi siapa la nak kak I...hampeh...

Min said...

i tak ada masalah dengan poligami. cume, lelaki tak leh jadikan poligami alasan untuk abaikan tanggungjawab yang sedia ada..thats all.

Anonymous said...

(smbil mengangguk kepala)aku setuju...