Lahir sebagai aku..
Dibesarkan bersama kasih sayang yang sempurna.
Seawal usia mencecah 13 tahun..
Hati terperangkap dengan rasa cinta.
SONGSANG.
3 tahun bermain hati.
Aku ditukarkan ke dunia baru.
Melihat dunia penuh beda..
Dia lelaki.
Aku Perempuan.
Percaya?
Hati cuba menerima.
Tatkala akal mulai dewasa.
Palitan sejarah hitam menguasai jiwa.
Maruahku di robek..
Maruahku di carik dia.
Tinggal aku dengan sengsara.
Hanya satu pemutus dendam.
Menanti..Setia.
Terlalu banyak kesedihan.
SONGSANG.
Mengharapkan beda antara cinta mereka.
Namun jiwa ini kekal terluka.
Tanya aku pada hati..
Apa jalan yang telah ku pilih?
Bertahun-tahun..
Dan masih di sini.
Cuba.
Aku gagal.
Bukan kerana mereka.
Tapi jiwaku masih ragu.
Kalian tidak mampu meyakinkan.
CINTA..
masih sama.
Mengharapkan cahaya.
Aku mahu jadi yang lain.
Tapi aku masih aku.
Aku masih bersama kehancuran hati.
Aku masih mencari ketentuan.
Pengakhiran satu penantian.
Sehingga itu..
Apakah aku harus dipersalahkan?
1 comment:
Mengapa harus persalahkan diri?
Jika hati masih meragui
Lapangkan diri bukakan hati
Kerana Allah sajalah yang Maha Mengetahui
Post a Comment