Tuesday, August 18, 2009

akhirnya saya jatuh cinta

Pernah rasa jatuh cinta?
Saya pernah.
Saya sedang.
Saya mahu terus dibuai ombak cinta ini.
Bahagia.
Ops.. jangan salah faham.
Bukan lelaki yang saya bicarakan.
Eh aishah...jangan kecewa pula..
Kakakmu belum mahu berkahwin lagi..

Saya sedang mencintai diri sendiri.
Saya jatuh cinta pada kehidupan bersama adik-adik yang dua orang di rumah.
Saya cintakan dua rakan kerja yang gila di balai pd.
Saya cintakan kawan-kawan yang ditaburkan ke merata Malaysia.
Yang sentiasa setia bersama saya.

Saya benar-benar bahagia.
Kerana saya tahu.
Mereka juga cintakan saya.
Dan dengan itu...
Saya mahu kalian doakan saya.
Untuk kekal bahagia.

Benar kata orang..
Kebahagiaan bukan hanya dengan dua jiwa menjadi satu..
Kebahagiaan bisa datang dengan keadaan sekeliling yang menyenangkan.
Terima kasih Tuhan..
Walaupun saya penat dengan keadaan kerja yang tak pernah tenang..
Saya tahu mereka ada.
Dan yang jauh di merata Malaysia..
Masih setia melayan panggilan telefon saya..
Bila saya kebengapan..

Terima kasih Tuhan.

7 comments:

Aishah Nur Hakim said...

mardiah~~~~!

kuciwanya daku~

si gurl said...

apa kata kita bercinta ? ;p
hihi. interesting kakak , love you till the end :')

si gurl said...

kejap nak merajuk , takde my name pun , huh !

-.-

Min said...

aishah: haha..padan muka
gurl: jgn nak merajuk...kamu di hati..

ADMSKY said...

its always good to be the person who can make someone smile for the day..
but I am not that person.. ;D
ahakz..
till next time..if there's such time..
Salam Ramadhan cik Min.

Min said...

salam ramadhan

Apa Kau Nak said...

Ya kebahagiaan itu juga kompleks dan susah dikotakkan. Kak Intan bahagia ada dua anak hyper walaupun sering menyebabkan jiran komplen kerana kebisingan mereka... :)