Tak tahu nak luah macam mana. Tak tahu nak 'describe' macam mana lagi. Kalau aku isteri. Air mata mungkin dah tak punya apa-apa makna lagi. Yang aku kesalkan, macam mana seorang perempuan, sanggup melukai hati kaum hawa itu sendiri? Tak ada rasa kesian? Tak ada rasa bersalah?
Lepas sorang-sorang dirampas, merampas, bercerai kemudian berkahwin. Terpampang dengan bangganya di dada akhbar. Mungkin yang ditinggalkan atau meninggalkan tidak lagi mahu menangis.. mungkin juga sudah pasrah... Tapi aku pasti.. luka itu masih bertaut kukuh dalam hati.
Kesal.
Tidak kira poligami, atau berkahwin satu lagi.. sudah disalah ertikan oleh manusia-manusia zaman ini. Sana-sini mencanang dakwah.. akhirnya diri sendiri bersujud di kaki sendiri. Apa yang diludah, dijilat kini.
Payung emas bukan lagi jadi pertaruhan. Sunnah bukan lagi jadi panduan. Nafsu dan duniawi jadi ikutan. Benci pada perampas dan pemusnah rumah tangga orang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment