Kadang-kadang..bila kita hidup dalam masa silam dan membenarkan diri terperangkap dalam kehidupan itu, kita akan sentiasa mengingati dan melalui kehidupan dengan cerita yang kita mahukan.
Dan kadang-kadang..bila kita sudah mahu melupakan, pencetus membuat kita menyingkap kehidupan lampau.. dan rasa amarah muncul tanpa di pinta tanpa diundang.
Mengalah?
Kata mereka mengalah tak bererti kalah.
Kalau bertapak di jejak keadilan..maka bermulalah era permusuhan.
Dan keluarga menjadi pertaruhan.
Antara keluarga, kerjaya dan maruah.
Aku harus membuat pilihan.
Dan pada ketika ini, aku berfikir tentang kehidupan masa depan.
Yang bersalah takkan pernah mengaku.
Itu kebiasaan dunia.
Si pembunuh kalau ditangkap sewaktu pegang pisau..
masih juga nafikan.
Kalau si ayah kahwin yang baru...dilihat mata dunia,
Si anak isteri masih geleng buat tak tahu.
Nama baik mahu dipelihara.
Kalau si pencuri mengambil harta..
Masuk bicara kepala tunduk minta simpati..
mengaku salah?
Orang yang buat salah takkan pernah mengaku.
Dan ada ibu2 juga bapa2 yang anggap anaknya malaikat dari syurga.
Suci tak pernah terpalit dosa.
Itu lumrah.
Manusia tidak nampak salah diri.
Bila ditegur..makin semarak pula rasa benci.
Kasihan.
Semoga Ramadhan ini memberi petunjuk terbaik..
Hanya pada DIA aku memohon dan berharap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment