Sunday, May 17, 2009

EMO

Kite selalu memandang masa lampau sebagai kenangan.
Kalau yang pahit ..padam kan..
Kalau yang manis..simpan dalam-dalam.
Kalau yang pahit selalu datang.
Bergendang dan menari dalam jiwa yang kosong.
Kita harus buat apa sebenarnya?
Lari jauh?
Mana mungkin boleh hilang..
Saya masih mencari..
Mencari jalan terbaik untuk hidup sepertimana kamu yang lain...
Boleh lupakan segala cerita pedih sedih.
Boleh terus pandang ke depan tanpa toleh ke belakang..
Tapi hairan..
Saya masih terus-terusan gagal.
Tatkala senyum mula mahu terukir..
Tatkala matahari baru mahu bersinar indah..
Saya jatuh dalan ombak kuat menghempas pantai hati.
Saya menolak semua kerana takut pada kenangan silam.
Saya pejam mata dan kenangan itu selalu datang walau saya sering cuba lupakan.

Kalau saya rasa yang ini bisa memahami...
Di akhir hari saya harus terus berjuang sendiri..
Kalau saya rasa yang itu mampu berdiri di sebelah hati..
Tatkala saya toleh..dia hilang bersama emosi saya yang tak keruan.

Salah saya.
Saya terlalu meletakkan harapan..
Salah saya.
Saya tak mahu keluar dari kesedihan.

Lalu..
Apa lagi harus saya lakukan
Saya tak mampu lagi berdiri teguh sendiri..
Saya tak mampu lagi Tuhan..
Saya tak mampu lagi lari dari semua kesilapan perbuatan hati.
Saya kalah pada jiwa saya sendiri..
Dan saya..
Saya mahu berhenti.
Berhenti berlari jauh.
Atau berangan untuk terbang tinggi.
Kerna..
Saya harus pijak pada bumi.
Hidup dalam realiti.
Menerima.
Memahami.
Memaafkan.
Dan membiarkan semuanya pergi.

Masa.
Tiba untuk saya.
Hidup untuk diri sendiri.
Bukan lagi untuk kebahgiaan yang lain..
Yang saya bina..atas air mata dan tangisan.

1 comment:

ADMSKY said...

Cik Min,

Apa yang jadi semalam,
Kita jadikan ianya sebagai satu pedoman..
Satu panduan, agar kita tidak sesat di malam yang kelam..

Setiap satu kejadian, terjadi bersama maksudnya yang tersendiri...
Kita ambil kekuatan dari sejarah silam,
Agar kita tidak terus-terusan tenggelam..

Membaca entri kamu kali ini,
Pendapat saya cuma begini..
Jawapan kepada setiap kesakitan, jawapan pada setiap kekeliruan, Juga jawapan pada setiap persoalan..
Sebenarnya sudah ada di depan mata kamu..

Soalnya, bersediakah kamu untuk menerima jawapan itu..
Sediakah kamu untuk laksana jawapan itu..

Andai telahana saya tepat,
Saya kira Cik Min sudah bersedia untuk menerima semuanya..
Benar, sudah tiba masa untuk Cik Min bahagia...

Dan doa saya akan mengiringi..
Harapan saya akan ada disini..
Moga Cik Min ketemu jalan kebahagiaan..
Moga Cik Min ketemu sinar di penghujung jalan..

Cik Min,

Cinta itu cukup indah,
Panasnya umpama matahari..
Terlalu terik ia kan membakar diri.
Tapi setianya mentari itu disisi,
Di kala malam berlabuh sepi,
Mentari masih bersinar lagi..
Cuma dikaburi dek bulan...
Indah terang menemani malam..
Dan moga kamu ketemu, mentari itu lagi.

Wassalam.