Kalau masih kecil..
Mungkin kaki boleh di rotan.
Telinga boleh dicubit.
Sambil buntangkan mata dan tinggikan suara.
Kalau masih kecil..
Mungkin masih boleh dipanggil duduk bersila.
Pandang muka dan tanya kenapa..
Sambil nasihat ..nasihat dan nasihat..
Kalau sudah 18, sudah 22...sudah boleh jadi isteri jadi suami membela keluarga...
Rotan bukan caranya.
Bukan mahkamah untuk bentuk jiwa.
Nasihat?
Berjela. Bukan sekali bukan sedikit.
Kalau cerita hidup saya di baca..
Ada yang tanya.
Kenapa keluh kesah yang terpancar?
Kenapa kesal yang tergambar?
Saya cuma mampu senyum dan kata.
Tiada siapa bisa merasa.
Melalui.
Memahami.
Kisah saya dan hidup saya.
Kalau tangis di corong telefon.
Kalau rajuk di hujung tiap hari.
Kalau keluh kesah yang sana tentang yang sini..
Kalau kecewa yang sini pada yang sana.
Melihat mendengar merasai.
Derita jiwa mahu lari.
Tanggungjawab ikat kaki di sini.
Telinga hati jiwa.
Terima semua seadanya.
Ubah?
Bukan untuk saya patikan.
Mereka..
Dari tonggak 1 hingga ke bawah..
Saya juga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment