Bahagia saya..
Bila Umi bangun tidur sambil senyum..
Lihat rumah sudah bersih..
Pinggan mangkuk bersusun..
Kain dijemuran..
Kami anak-anak selesai solat subuh..
Umi pergi kerja..
Bwk kereta auto..
Tak payah lagi kerut muka..
Tukar gear hari-hari van hijau lama..
Bahagia saya ..
Bila ayah start enjin NAZA
Kereta boleh gerak jauh..
Ayah tak payah lagi berpeluh..
Naik volvo lama..
Balik rumah ada hidangan..
Ayah makan sambil tengok hindustan..
Bahagia saya..
Bila along mahu buat pelamin..
Tangan penuh dengan si anak kecil..
Dan kami gotong royong buat along hilang pening..
Bahagia saya..
Bila unggal mahu cerita..
walau saya hilang punca..
saya dengar..
cuba faham..
kerana mak unggal terlalu istimewa..
jaga saya sampai dewasa..
Bahagia saya..
Bila ateh bangun tidur..
Awal subuh tolong gosok baju wardah..
terus selesai solat subuh..
Tolong kemas rumah setiap sudut..
Beri nasihat pada yang kecil..
Jadi kakak yang membimbing..
Habis belajar kerana saya pening..
Kamu tergantung masih tak berpenghujung..
Bahagia saya..
Bila isa cium dahi.. tapi..
Bila isa tak mahu belajar lagi..saya naik turun UIA
Hati saya mahu kamu berjaya..
Dan hari ini isa di Gombak..
masih mahu berjuang ..
Dan adik.. kamu tidak sendiri..
saya sentiasa di sini..
Bahagia saya..
Bila asma'a mahu bangun pagi..
kemas rumah tiap hari..
Tapi asma dah kerja mcd..
Balik lewat sampai 2 pagi..
Hati saya runsing..
Siapa hantar kamu pulang dik?
Kamu dah susah mahu bangkit pagi..
Saya kejut kamu membisu..
Apa dalam hati kamu dik?
Bahagia saya..
Bila asa bangun gosok baju..
kerna angah lambat hari ini..
Tapi kamu dah lain..
Dulu kamu rajin..
tak perlu suruh kamu sendiri jadi pemangkin..
Kemas rumah jemur kain..
Tiada ah.. Tiada huh..
Kamu buat sambil senyum..
Kenapa kamu berubah adik?
Bahagia saya..
Bila hanan bercakap satu hari..
penuh ideologi..
Walau saya pening..
Tapi saya angguk sambil kerut kening..
Tapi kadang-kadang kamu gemar merungut..
Komplen itu ini..
Jangan dik..
Hidup kamu masih jauh..
Kamu perlu belajar bersyukur..
Bahagia saya..
Bila husna tersenyum..
Bila husna malu kerana dia tahu saya usik tentang dewasa dia..
Tapi dik..
Kamu perlu sedikit serius dalam hidup..
Belajar bukan perkara mainan..
Kamu bijak..
Kamu kreatif..
Kamu perlu gunakan itu..
Bahagia saya..
Bila wardah peluk dari belakang..
Sambil nyanyi dan ketawa..
Duduk dalam kereta..
sambil buat gaya melawa..
Tapi kamu cengeng..
Saya tegur kamu nangis..
Tapi kamu tetap comel..
Bahagia saya..
Bila hayyan sambut dan hulur tangan..
Tiap kali saya muncul depan muka..
Tangan saya kamu kucup..
barang saya kamu pikul..
Mulut kamu celoteh..
kamu selalu tanya.. "angah, maksudnye??"
kamu tak pernah buat saya kecewa..
Kamu terlalu istimewa..
Bahagia saya..kerana kalian semua ada..
Walau saya penat..
Walau hati saya menangis..
Walau saya runsing..
Walau saya pening..
Kamu tetap yang pertama..
Dalam senarai terpenting dalam dunia..
Selepas Yang Maha Pencipta..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
bagi ku aku tk ada apa2
Cik Min,
Cinta paling indah..adalah cinta yang menerima kita tanpa ada sebarang syarat penerimaannya..
Cinta yang menerima kita, seadanya kita...Baik buruk, kekuatan serta kelemahan kita..Maka itu..bagi saya adalah cinta sebenarnya..
Darah yang mengalir dalam diri kita,
Asasnya tetap sama,
Yang membezakan, adalah penilaian hati terhadap sesuatu perkara..
Asas hati itu suci..jadi pejamkan matamu di kala ragu...
Di situ, semua jawapan akan kau ketemu..
Satukan jawapan itu dengan anugerah minda..
Maka penghujungnya kita akan redha.
pengorbanan. pasti akan dibalas. jika bukan di sini, di sana nanti.
ateh baik comel rajin pandai dan penyayang.....
kakak,
kam jangan berlama lama merajuk
Post a Comment