Sunday, May 10, 2009

kerana adanya Nokia & Esprit

Saya tanya aishah apa yang dia faham tentang cinta.
Dia pandang saya ketika saya suapkan nasi ke mulut sambil kata.
Alam ini ada kerana cinta.
Kerana Allah cintakan hambanya.
Apa pun yang kita buat adalah kerana cinta kita padaNya.

Saya senyap.
Mata aishah saya tenung.

Tulisan kamu sama dengan apa yang kamu luahkan.
Saya kagum.

Hari ini.
Dia ditanya lagi.
Salahkah saya?
Dan dia kata.
Tak salah.
Perasaan datang bukan kerana paksa.
Kita senang dengan perasaan itu.
Dan orang yang bertanya itu cerita pada saya.
Saya tahu aishah sentiasa tahu apa yang dituturnya.

Kamu jatuh cinta pada manusia.
Adakah kerana dia mampu belikan kamu handphone NOKIA terbaru?
Atau kerana kamu mahu jam tangan,dan dia segera adakan?
Bukan.
Kalau itu kamu kata cinta...
Saya rasa kamu masih perlu renung dan fikir dalam-dalam.

Cinta saya?
Bukan kerana NOKIA atau ESPRIT.
Cinta saya tiada jenama.
Cinta saya kerana itu rasa hati saya.
Kamu salah kalau kamu mahu beli cinta saya.
Saya cinta.
Kerana saya cinta.
Itu cinta saya.

4 comments:

Mrs Poyo said...

Cinta itu sesuatu perasaan yg datang tanpa diduga dan pergi tanpa dipinta..cinta yang kekal hanyalah pada yang esa.

saya baru di blog ini dan saya suka gaya penulisan kamoo..nice!

Aishah Nur Hakim said...

kakak...
malu saya ada nama saya...ngeeee

hehe

kakak..
kamu itu bukan tidak kenal cinta
tapi kamu itu terlalu kompleks menilai semua....

Min said...

mira: hye..terima kasih sudi singgah.. :p

adik: kompleks??

Anonymous said...

Saya tiada niat dan tak terlintas untuk beli cinta kamu....