Monday, April 27, 2009

Mereka perempuanku..

Tuhan...
Bila malam datang aku sering sepi.
Mereka perempuan-perempuan yang aku kasihi.
Cuba membahagikan segalanya.
Memenuhkan jiwa mereka.

Dia ibuku..
Dia adikku yang berontak minta perhatian..
Dia adikku yang sedang bermain duka..
Dia adikku yang mahu bekal ke asrama..
Dia adikku yang mahu baju di gosok kala senja...
Dia adikku yang mahu kucup tanganku tiap kali aku pulang kerja...
Dia mak cik ku yang sering ada..
Dia cintaku..sedang sepi sendiri..
Dia jiwaku..sedang cuba menghiasi hati ini..
Dia yang jauh..sering aku tak mengerti..
Dan dia yang di sini...peneman duka dan sepi..

Tuhan...
Mereka adalah segalanya.
Mereka pelengkap hidupku.
Jangan tarik mereka dari aku.

Tuhan...
Tapi mereka tidak faham..
Mereka mahu perhatian dan kasih sayang..
Aku dan dia.
Sendirian.
Kalau kongsi itu sering jadi tekanan..
Kalau kongsi itu sering timbulkan pergaduhan.

Tuhan...
Aku kasihkan mereka..
Biar mereka faham...
Hati ini satu..
Penuh dengan cinta dan kasih mereka..

Kasih perempuan-perempuan penting hidupku.

7 comments:

ADMSKY said...

Cik Min,

Kasih itu terlalu luas tafsirnya..
sayang pula tak kan punya batas sempadannya..

Hati yang satu, namun punya kasih yang beribu...

Rasa itu tak mungkin berfikir, rasa itu juga takkan mungkin berakhir...

Kasih ibu takkan pernah kenal erti pudar,
sepanjang hayat ia kan tetap bersinar,
sentuhan kasih yang bisa melegakan,
Belaian yang tak pernah lagi kita ketemukan..

Kasih keluarga, tetap ia wujud di situ,
Darah yang mengalir, darah yang satu..

Sepinya cinta kerna ia terasa..
Takkan sepi satu cinta hanya untuk suka-suka...
Sepi untuk membawa diri..
Membina kekuatan sekali lagi..
Mengharapkan cinta itu utuh kembali...

Apa ada pada Jiwa andai ia tanpa cinta..
Jiwa kosong..walau terhias bunga-bunga indah...
Jiwa itu akhirnya kan mengalah...
Layu sendiri..akarnya goyah..kerna benih yang lemah...

Teman yang jauh...mungkin sedang bermain hati...
Sering tak dimengerti kerna diri enggan bermain api...
mungkin perlu bersua muka...
Meluahkan segala rasa yang ada..

Teman yang di sini,
Peneman hati yang sepi,
Terangnya umpama matahari,
Dikala malam berlabuh di sisi..

Mereka-mereka yang ada dijiwa kamu,
Mencalit luka, namun berbekas bahagia.

Andsha said...

Betul..setuju ADMSKY..

Apa erti JIWA TANPA CINTA? Ada JIWA bila ada CINTA. Tak mungkin ada CINTA tanpa JIWA. Jadi, CINTA lebih penting dari JIWA.Titik.

Anonymous said...

Tumpang lalu..

Memetik bahagian ni je :

'Dia cintaku..sedang sepi sendiri..
Dia jiwaku..sedang cuba menghiasi hati ini..
Dia yang jauh..sering aku tak mengerti..
Dan dia yang di sini...peneman duka dan sepi..'

Kenapa cinta kamu sepi sendiri?
Kenapa jiwa kamu sedang cuba menghias hati?
Kenapa yang jauh sering kamu tak mengerti?
Kenapa yang disini peneman suka dan sepi?

Kamu jangan biar cinta itu sepi. Cinta itu kan sudah pasti, jadi jangan biar ia berlalu pergi.
Jiwa kamu pula cuma sedang cuba menghias hati kan? Masih lagi dalam lesen 'P'.Entah lulus, entah tidak.
Yang jauh? Mungkin sebab jauh kot?
Yang disini? mungkin itu cinta baru kamu? lagipun, peneman setia kamu kan? Apa salahnya di beri peluang?

singgah membaca dan maaf kalau kamu tersinggung.

a.b geldofg said...

aku sedih baca entry ko ni

ADMSKY said...

Cik Min,

Jiwa itu hanya sekadar membuat cubaan sahaja kan dalam menghiasi hati kamu? Cubaan, dan tak tentu lagi cubaan itu, berjaya atau tidak..

Cinta itu sudah pasti disisi..pergilah, moga bahagia itu akan kamu ketemui...

Sekurang-kurangnya kamu sudah ada dia..peneman sepi kamu di sana...menghiburkan hati kamu agar bahagia...

Kamu wanita yang cukup halus sifat dan hatinya...indahnya jiwa kamu..indahnya diri kamu..tak mungkin terungkap dek kata-kata...

Hanya mereka yang tahu akan tahu..kasih kamu luas..tak kenal erti jemu..kamu tetap setia di situ..

Aku? Aku tak layak berdiri di sisi kamu...juga tak layak berada di samping kamu...

Aku cuma doakan kebahagiaan kamu...moga kamu tenang dan ceria..di samping mereka-mereka yang menyayangi dan mengasihi kamu...

Wassalam....

ADMSKY

Anonymous said...

Merajuk lagi...?? Nanti di pujuk,baik lah tu...

Atan said...

sop sop sop sedeh..