Thursday, April 2, 2009

SAYA MAHU TERUS DOA

Beberapa minit lepas, saya telah memadamkan entry berkenaan rasa kecewa yang saya sedang lalui. Kerana apa? Kerana saya malu dengan diri sendiri. Malu membaca tulisan rasa kecewa saya yang tidak langsung mahu bersyukur.. Saya baca tulisan ESKAPISMINDA.. dan hati saya luluh.


Luluh kerana kisah calvin yang derita sehingga menghembuskan nafas terakhirnya. Kisah Kedua ibu bapanya yang tabah walau mereka tahu si kecil itu bakal pergi. Tulisan Kak Intan telah membuatkan hati saya berdetik...dunia bukan tentang saya. Tunduk ke bawah. Jangan sesekali mendongak ke atas. Hikmah. Saya pasti itu ada.
Saya boleh aja menangis merintih dengan nasib dan hak saya yang di cabul gondol. Kewibawaan saya yang dibogelkan mereka-mereka di sini. Mengutuk..mencerca mereka juga saya boleh. Tapi apa untungnya saya?
Lalu selepas saya baca kisah Calvin, saya jadi diam dan sayu. Anak kecil itu bisa lalui hidupnya dengan tabah.. Kenapa saya yang telah lalui semuanya dengan tenang selama ini mahu mengalah? Mereka mahu menindas saya. Mempertikaikan mutu kerja dan kewibawaan saya..
Tak apalah.. saya masih punyai yang atas sana...Lalu saya perlu tadah tangan dan serahkan jiwa saya pada DIA.

5 comments:

a.b geldofg said...

allah maha pyanyang

Anonymous said...

semoga Allah mendengar rintihanmu.ingatlah nama-nama Allah dan sifat-sifatNya.Allah jualah yang akan memberikan kebahagian kepada kita semua...

-insan hina-

addyaholix said...

selalunya saya tulis saja. mungkin itu antara terapi terbaik buat saya.

alif-mikail said...

segalanya dari DIA..

Apa Kau Nak said...

Dearest Min, meniti dalam garis lurus itu satu perbuatan yang sukar. Kerana itu mahal ganjarannya. kita-kita ini mencuba seadanya. Dan tuhan itu tahu sedaya mana kuasa kita. **HUGS**