Tuhan..
Dia terlalu baik padaku.
Menjadikan aku segalanya dalam hidupnya.
Melengkapkan segala kekurangan yang aku ada.
Dia ada ketika aku terkejar-kejar mahu bayar bil-bil tertunggak.
Dia ada ketika barang mahu dibeli serentak.
Dia ada ketika aku marah pada hujan.
Dia ada ketika aku merungut kepanasan.
Dia sentiasa ada tuhan..
Tapi..Kesyukuran aku kepada persahabatan ini..
Aku tikam dengan kesakitan.
Aku lahirkan air mata dari insan yang menyayangi seluruh jiwaku.
Aku lahirkan sakit derita pada sahabat yang mencintai.
Aku khianati keseluruhan kepercayaan yang diberi sepenuh hati..
Tuhan..
Adakah lagi ruang kemaafan di hatinya?
Tuhan..
Aku kasihkan persahabatan kami.
Dia..keluargaku.
Dia..sahabat karibku.
Dia..teman perniagaanku.
Dia..Peneman tidurku.
Dia..sering berikan aku jus oren ketika mataku sedang layu sambil menulis..
Dia..sering tersengguk di depan televisyen ketika aku sibuk menaip..
Dia..sering turun ke bawah semata-mata mahu membantu menarik beg hitam berat ku bawa ke pejabat..
Dia..sering bungkuskan segala cucian untuk di hantar ke dobi..
Dan aku?
Aku lahirkan air mata seorang dia..
sahabat yang terlalu mencintai jiwaku.
Kejamnya aku tuhan..
Tapi tuhan..
Bagaimana dengan rasa dalam jiwaku?
Mengalah pada kenyataan itu maka aku bakal menangis kecewa..
Buntu aku tiada kesudahannya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kakak..
dia pasti maafkan..
akui silap salah...
bermaafan..
kembali berkasih sayang~
ikhlaskan hati.ckp elok.insyaallah dia akan maafkan kam.tp segala-galanya perlu kamu serahkan pada Dia...
-insan hina-
Apa cik min dah buat hingga hati dia terluka? Kiranya mengalah pada kenyataan itu,cik min bakal menangis kecewa maka carilah kebahagiaan bagi diri sendiri. Jangan pendam..dia pasti kecewa tapi bukankah kebahagiaan diri yang penting..? Dia mungkin tak sebaik mana...
Dia sempurna. Kesempurnaan itu pasti datang dengan segala ketidaksempurnaannya. Tuhan itu tidak mahu memberikan sesuatu yang mudah kepada orang-orang yang hebat. Sukar Min. Kak Intan doakan yang terbaik untuk kamu berdua.
Kalau dia sudah terbaik, kenapa perlu mencari yang lain? kalau dia sentiasa setia bersamamu, kenapa dilukakan hati teman setia itu?
Kenapa perlu menangis kecewa, sedang dia sentiasa ada? kenapa dicari galang gantinya, sedang dia begitu mencinta?
Post a Comment