Monday, March 26, 2012

Bicara Bisu.


Tatkala kamu minta agar aku meluah apa yang tercengkam...
Aku bina barisan bicara agar tiada yang bakal dikesalkan.

Sebanyak mana sekalipun aku mengerti keadaan kamu.
Aku juga pohon pengertian kamu.
Tidak cukup dengan renungan mata kosong itu.

Melihat aku bagai bicara ini tiada berisi tiada erti.
Aku masih hidup atas hitam yang 17.
Aku masih bernafas dalam ngeri malam yang itu.
Dan bicara yang sama aku lahirkan walau dalam gagap dan gemuruh.
Dengan penuh pengharapan agar kamu menegerti.
Agar tidak lagi ditanya atas dasar apa hati ini mati.
Agar tidak lagi dipersoal atas dasar apa wajah itu tak lagi mampu aku lihat walau sekilas.
Agar tidak lagi dipertikai atas dasar apa aku tak lagi mampu tertawa atas jenaka bodoh.
Dalam seksa jiwa yang penuh amarah.
Lelah aku menahan rasa.
Lelah aku menahan kecewa.
Lelah aku menahan luka.
Yang akhirnya bernanah dan menghasilkan busuk kecewa.

Maaf.
Aku tidak lagi mampu menoleh dan tersenyum.
Semakin lama hati ini semakin terkepung.
Dengan rasa tanpa suara.
Terbuku tercengkam pabila kamu bisu seribu bahasa.

Mungkin aku keterlaluan untuk berfikir yang bukan-bukan.
Bagaikan kamu membiarkan.
Bagaikan hanya dia yang perlu di mengerti dan aku hanya perlu menyimpan dan terus membungkam.


Maaf.
Aku bukan tidak mahu mengerti kamu.
Jiwa kamu yang sedang gelora.
Rasa kamu yang mati tiba-tiba.
Cuma aku juga perlu difahami.
Pabila maruah di pandang sebelah mata.

Mungkin aku hanya perlu bicara bisu.
Bisu.
Bisu.

No comments: