Bila orang tanye aku ok ke? Aku hanya mampu jawab aku ok. Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran dan hati aku sekarang. Aku tahu setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Aku bakal pergi jauh. Perjalanan yang tak pernah lagi aku tempuhi. Kali ini betul2 jauh dari orang tersayang. Dari umi,ayah dan adik-adik. Dari kekasih yang baru mahu dekat dan sentiasa denganku. Dengan anak-anak didikku yang selama ini aku hargai dan terlalu menghargai aku. Dari teman serumah yang menyayangi aku. Dari kenangan dan teman-teman yang sentiasa di sisi aku. Aku pergi jauh. Mungkin tidak perlu menaiki kapal terbang atau tidak mampu dihubungi...namun ini penempatan yang paling jauh aku bakal lalui.
Aku ok ke?
Banyak kegusaran yang bermain di benak. Banyak bisikan negatif yang berlegar-legar di fikiran. Banyak suara-suara sayu yang berbicara di hati.
Mampukah aku lalui dugaan baru ini YaTuhan...
Mampukah aku melalui cabaran baru ini...
Mampukah aku tersenyum kembali selepas sekian lama aku melalui keperitan yang panjang...
Aku hanya mampu memohon kepada Yang Esa..
Agar aku kekal tabah dan cekal.
Agar mereka yang aku kasihi tidak akn pernah pergi dan hilang hanya kerna jarak yang memisahkan.
Untuk mereka-mereka yang aku kasihi...
Jangan pergi meninggalkan aku..
Jangan hilang hanya kerna jarak yang beribu batu...
Jangan sepi hanya kerna aku kini bukan lagi di sisi dalam jarak yang mampu digapai...
Kasihku takkan pernah hilang..
Cintaku takkan pernah padam...
Hanya perlu pergi untuk perjuangan yang baru...
Masa depan yang baru..
Atas redha dan doa kalian..
Agar aku menjadi kebanggan..
Untuk kalian sebut sebagai orang yang kalian kenali dan kasihi.
**ok ada org kata jangan stress nanti cepat tua. Mari kesat air mata...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Allah maha Mengetahui angah :D
Mungkin, ini satu pintu untuk angah temui kebahagiaan yang dah lama hilang.
Allah tak pernah kejam, jadi apa yang dia beri ini PASTI satu cara dia yang bagi peluang untuk kita dekatkan diri dgn dia.
Perjuangan bukan sekadar perjuangan. Perjuangan yang tulus hadir dengan niat suci. Perjuangan yang tulus diberkati Ilahi.
Ya, jauh dari orang yang kita sayang tapi dalam perspektif lain, dekat dgn Nya yang sayangkan kita jauh lebih banyak. bukankah lebih baik?
Allah akan jaga Angah,orang-orang yang angah sayang selagi angah sayang pada Tuhan dan diri sendiri.
Okay?
Post a Comment