Sunday, July 31, 2011

Just a thought.

Honestly... I don't know what love means anymore.

274

Hari yang tinggal menjangkau angka 274.
Saya semakin takut dan resah dalam pencarian yang saya tidak pasti ke mana arah tujuannya.
Mungkin cinta yang dikejar bakal tumbang tanpa perlu di goyang angin.
Mungkin hati yang kasih bakal hancur tanpa perlu ditusuk sembilu.
Mungkin jiwa yang kosong akan terus hilang tanpa perlu diisi.
Terlalu banyak yang terjadi dalam angka 91 hari.
Kesakitan dalam cinta yang dalam.
Luka dalam kasih yang pejam.
Kerna itu saya bertanya diri kini.
Apa yang saya cari.
Ke mana hilang maruah diri.
Dulu utuh tanpa goyah.
Dulu teguh tanpa goncang.
Semuanya hilang dalam sekejapan yang terjadi dalam diam dan sedar.
Apakah yang saya mahu.
Adakah cinta ini yang dapat merungkai resah gelisah dalam sunyi tanpa pecah?
Saya sampai pada titik tindak.
Tidak lagi mahu merayu menangih cinta yang terhenti pegun.
Keras seperti saya sendiri berlari dalam tiada kejar.
Diri semakin hilang harga dan nilai.
Perlu bernafas semula dalam perlahan dan kejap.
Entah di mana mahu mula.
Entah bagaimana mahu bertatih dan mengira 1,2 dan 3.
Yang pasti saya tidak lagi mahu mengejar bayangan yang berlari.
Yang tiada punya rasa kesal bila melukakan.
Yang tiada kata maaf bila torehan semakin dalam.
Bersalah itu tanda nama saya.
Menghancurkan itu tanda nama saya.
Dan semuanya bakal saya padam.
Biar saya merangkak sebelum melangkah.
Biar saya bertatih sebelum berlari.
Biar saya berlari sebelum memecut.
274 hari yang bakal dilalui...
Moga lebih indah dari 91 yang membahagiakan.

**274 hari lagi

Saturday, July 30, 2011

Bagaimana ya Ramadhan?

Tahun ini Ramadhan yang pasti beda.
Tiada sang pencinta dalam sahur dan berbuka.
Bukan kekasih.
Bukan..
Bagaimana ya?
Hati pasti sayu dalam suapan yang rasa bisa dari enak.
Ditambah dengan kekosongan dalam janji dan dusta.
Tenang.
Itu yang dikejar.
Semoga apa jua yang bakal singgah.
Apa jua yang bakal menjengah..
Takkan menambahkan luka yang parah.
Kerna jiwa ini takkan mampu lagi menanggung.
Walau sehiris untuk ditampung.

adakah curang?

Apa agaknya rasa menjadi isteri tetapi menyayangi yang lain?
Apa agaknya rasa menjadi isteri tetapi jiwa masih pada hati yang lain? Hairan. Adakah curang gelarannya? Atau adakah hanya sekadar jiwa yang tak mampu melangkah dek cinta yang masih utuh?

Aduhai kasihan sang suami. Menerima dan merelakan. Percaya dalam kisah yang mungkin takkan diam.

Adakah curang?
Atau hanya mainan perasaan?
Dan jawapan hanyalah tak mampu menghalang jiwa yang itu.
Isteri dan kekasih dua amanah yang berbeza.
Berdustalah.
Curanglah.
Sang suami tetap merelakan.
Kasihan.
Tiada langsung penyesalan.

Monday, July 18, 2011

Antara Jasad dan Roh

Terlalu lama tidak menulis.. Nukilan hati yang semakin hari semakin keliru dengan keadaan yang terjadi. Kebelakangan ni, terlalu banyak yang terjadi. Bila ada jiwa lain yang bersama dan dapat menyelam apa yang saya lalui.. Derita yang selama ini tiada siapa yang peduli.. Kesakitan yang selama ini telah dilupakan yang sekeliling.. Dan yang tinggal hanya derita yang terpendam.. Ciptaan Allah yang satu itu seperti mengerti.. Menyelam rasa yang terlalu dipendam dalam. Saya tahu.. Mungkin kalau ada yang tahu siapa yang saya maksudkan ini pasti katakan saya gila.. Tapi tidak pernah saya temui sesiapa yang mampu menyelami kekosongan hati dalam erti mahu mengisi dan membuang sepi.. Cinta yang pergi mungkin takkan kembali.. Kesakitan yang pernah hadir mungkin takkan bisa hilang.. Tapi dengan peristiwa itu saya tahu.. Allah mungkin mahu saya sedar.. Bahawa dalam seribu yang saya temui.. Hanya yang satu ini mampu membuat saya tunduk pada yang Maha Kuasa.. Allah yang satu. Allah yang menjadikan dia dan saya.

Al Fatihah kepada Fathin binti Abdullah.