Friday, April 22, 2011

Di mana Di mana

Mungkin saat ini saya bagai anak kecil yang teresak-esak menangis akibat belon yang pecah.
Atau kerana gula yang dipegang dirampas si abang.
Juga mungkin saya kelihatan seperti perempuan berkaca mata hitam berselendang menutup hidung dengan tisu sambil berjalan tunduk akibat kegagalan perkahwinan.
Juga saya mungkin seperti yang sedang dipaksa makan beratus ubat hanya kerana mahu sihat.
Ternyata segala telahan ini salah.
Saya yang sedang menekan punat ini adalah NUR A'MINAHTUL MARDIAH MD NOR.
Yang hampir kalah dalam perjuangan menenangkan hati.
Seorang saya yang duduk sambil berfikir dalam air mata yang mengalir.
Dengan satu pegangan.
Air mata bukan tanda saya tewas.
Bukan juga tanda saya tersungkur dalam larian deras.
Air mata yang mengalir ini air mata yang mendamaikan.
Yang mahu saya lihat pada realiti kehidupan.
Jangan berdiri pada paksi yang tinggi.
Hadapi dan cari.
Cinta saya ada.
Cinta dia juga ada.
Cinta kami sentiasa dalam pasti.
Cuma yang nyata.
Di mana?
Di mana dia yang pernah saya rangkul hatinya dalam genggaman erat cinta?
Di mana dia yang pernah hadir dalam mimpi dan jaga.
Yang ada hanya kamu.
Yang takkan pernah bakal hilang.
Cuma rentaknya makin nampak beda.
Langkah dalam hati-hati yang nyata.
Dan saya.
Tenang yang semakin kukuh ini.
Kadangkala bisa goyang dek jiwa yang rapuh.
Namun lihat mata ini.
Menusuk terus dalam hati.
Untuk kamu tahu.
Air mata ini bukan kecewa.
Bukan juga ketandusan bahagia.
Hanya lempias pada diri.
Yang kadangkala hilang dalam kabus kelam.

**kamu saya cinta.

Untuk yang ke 51

Terlalu Istimewa kamu di mata saya.
Setiap nafas pada hari ini adalah untuk kamu yang satu-satunya.
Sentuhan kamu.
Belaian kamu.
Kasih yang kamu baluti dengan cinta sampai mati.
Sebak tatkala rasa bersalah melukakan hatimu.
Sujud tatkala memohon ampun atas dosa saya pada kamu.
Hari ini, esok dan selamanya.
Cinta untuk kamu.
Selamat Hari Lahir Umi tersayang.
Terima kasih atas cinta ini.
Terima kasih atas curahan sayang yang tak bertepi.
Terima kasih atas kepercayaan yang tiada henti.
Terima kasih atas sentiasa di sisi di tiap air mata yang mengalir..
Terima kasih atas kucupan di dahi tatkala mimpi gelap yang hadir.
Umi.
Atas nama cinta ini..
Atas rasa hina seorang anak ini..
Huluran doa setiap sujud.
Limpahan kasih di setiap rongga nafas.
Hanya untuk yang bernama UMI.


**SELAMAT HARI LAHIR

**Bahagia pasti takkan berakhir.

Tuesday, April 19, 2011

Dalam Diam Aku Terluka

Rasa terhiris dengan jiwa sendiri.
Lebih pedih dari terluka dek cinta yang sepi.
Menjadi asing dalam melewati hari-hari mendatang.
Cuba merubah bulan menjadi matahari.
Pancar senyum dalam awan mendung.
Dalam diam hati ini bisik sendiri.
Dalam diam hati bicara tanpa henti.
Terluka dalam jiwa kosong yang tercipta.
Entah kenapa.

**mode awan sembunyi bulan

**KU MENUNGGU

Dalam menanti jawapan yang panjang.
Dalam berdoa gapai kunci tenang.
Kamu membuat resah semakin deras.
Hati semakin kecamuk.
Dalam sedar dalam tidak.
Kamu selalu dalam fikiran.
Tiap detik waktu yang berlalu.
Hanya kamu.
Kamu yang membuka ruang cinta yang bersisa.
Atas kesal kegagalan tercipta.
Hanya kamu.
Kamu yang menutup birat luka.
Yang bagai deras alir sungai.
Menunggu.
Kepastian yang samar.
Menunggu.
Antara kamu dan saya.
Punyai cerita penuh beda.
Namun satu rasa dalam dua jiwa.


**ku menunggu.. ~~ rossa

Saturday, April 16, 2011

Hati yang Terusik


Jannah...
Hati Anty min sayu melihat kamu yang lemah.
Sayu melihat air mata kamu yang menahan kesakitan.
Cepat sembuh sayang..
Hati ini tahu kamu anak kecil yang kukuh jiwanya.
Hati ini tahu kamu anak kecil yang jitu pendiriannya.
Tiada titis air mata tika darahmu di ambil.
Tiada titis air mata tika ada suntikan di tubuhmu.
Sabarlah sayang..
Jiwa kamu yang kental bakal jadi penyembuh kesakitanmu sayang.
Sayangku Jannah..
Anty Min rindukan kamu yang riang ketika di kendong.
Rindu pada tawa kamu yang tak pernah putus.
Rindu pada telatah kamu menyambut di muka pintu.
Hilang lelah.
Hilang penat.
Hanya atas senyumanmu sayang.

Saat ini..
Tiada rasa selain sayu yang menjengah.
Berdoa dan berdoa agar kamu lekas kebah.

Percayalah sayang..
Derita ini hanya sementara.
Menguji insan-insan sekeliling yang kasihkan kamu.
Menguji hati-hati kami yang mudah rapuh mengenangkan wajah kamu sayang.

Percayalah si kecil..
Kesakitan ini bakal berhenti.
Hati ini pasti kamu bakal jadi sejitu Siti Fatimah r.a
Sekukuh Aisyah r.a...

Semoga kamu tenang sayang..


**naluri apakah ini?

Friday, April 15, 2011

Hati kamu yang tersentuh

Kamu. Yang saya kasihi. Sejak kamu saya kenali. Jiwa kamu yang lembut dalam kental dan keras utus peganganmu.
Kamu. Yang saya sentiasa risaukan. Atas kelembutan dalam kejituan hati.
Kamu. Yang saya sentiasa fikirkan. Dalam sibuk menggapai hela nafas yang terus berlari.
Maafkan.
Kesibukan masa yang mengusik hatimu.
Maafkan.
Penuh jadual yang tak bisa ku selitkan pertemuan.
Maafkan.
Percayalah.
Rindu sentiasa bertaut.
Kenangan putar minda dalam tiap nafas yang berlagu.
Kamu sahabat yang tak mungkin berganti.
Kekal. Utuh dalam hati.
Kamu sahabat yang terlalu saya kasihi.
Itu kamu.
Aznee Ahmad.
I care and Love you.

**sebak

Saya perlu perlahankan rentak.

Malam semalam adalah titik sedar. Pulang dari kelas, badan mula rasa tak selesa. Masa berjalan turun dari kereta bagai tak seimbang. Gagahkan kaki melangkah menaiki tangga rumah. Rebah di atas katil cuba mencari nafas. Rasa semakin tidak selesa. Saya muntah-muntah kemudiannya.

Entah. Mungkin sudah sampai masanya saya perlahankan rentak. Tari ini semakin rancak. Punca nafas makin hilang. Membuat aktiviti tambahan selain dari komitmen yang sedia menggunung melelahkan rongga dan tubuh.

**Pucat tanpa gincu.

Wednesday, April 13, 2011

Hati Yang Merajuk

Mungkin betul saya sudah makin meningkat usia.
Membuat emosi semakin mudah terusik.
Lirik pandangan mampu getar hati yang tenang.
Bait kata mampu luluh jantung yang diam.
Wahai jiwa-jiwa yang tenang... Apa mahumu?
Geleng dalam diam yang tiada jawapan.
Semalam mengusik seluruh kukuh dan utuh.
Semalam getar air mata yang kian lama tiada luruh.
Bukan kerana kamu pernah dan masih saya kasih.
Tapi kerna jiwa ini tak lagi betah.
Jiwa ini tidak lagi mahu di sakiti.
Walau untuk satu bait bicara.
Walau untuk satu renungan amarah.
Walau untuk satu decit keluh kesah.
Jiwa ini tidak mahu lagi dilukai.
Oleh mana-mana jiwa yang hadir.
Datang dan pergi tanpa ehsan dan perasaan.
Cukup.
Saya sudah jadi benci.
Pada sakit atas luka yang tak bertepi.
Cukup.
Saya sudah jadi penat.
Pada luluh jiwa yang panjang.
Hati saya sudah merajuk.
Pada rasa kejatuhan.
Selamat Datang bahagia.
Selamat Pergi duka.

**DOA

Tuesday, April 12, 2011

BIAR INI JADI YANG TERAKHIR

Mata itu tidak lagi sama renungannya.
Suara itu tidak lagi lembut merdunya.
Sapaan itu tidak lagi penuh kasih dalam cinta yang dalam.
Semua hilang.
Masa benar-benar mengubah jiwa.
Kamu yang saya cinta.
Kamu yang saya abadikan dalam jiwa.
Dalam seawal usia.
Dalam pemula mencari bahagia.
Kamu juga hari ini menjadi yang lain.
Sama dalam tingkah dan tutur.
Beda dalam kasih yang luhur.
Luluh.
Jantung yang berdegup debar mahu bicara.
Hati yang gelisah mahu tanya segalanya.
Putus.
Terhenti tatkala tempik suara.
Mati tatkala deras dalam deru nafas amarah kamu.
Dosa apa lagi kali ini.
Salah apa lagi detik ini.
Semua rasa maaf lenyap dalam tajam pekik.
Pejam mata tahan sendu.
Pejam mata tahan pilu.
Tuhan.
Linangan yang bertakung.
Dalam nafas yang sesak.
Hari ini yang tersembunyi bisa buka pintu sedar.
Biar yang ini jadi yang terakhir.
Tidak lagi ulang kesakitan yang pernah berpanjangan.
Silap yang maaf.
Hati yang cantum.
Kecai dalam saat satu dua dan tiga.
Kenangan ini padam.
Cinta ini diam.
Mata ini pejam. Kamu.
Ya. Kamu.
Jangan lagi sakiti.
Pergi.
Jiwa ini mahu bahagia.
Bersama luhur yang lain.
Selamat Pergi Cinta Semalam.
Biar ini jadi yang terakhir.


**sebak.

Monday, April 11, 2011

Mungkin Kamu Patut mula Berfikir

Bicara tentang kita mungkin tidak seindah yang lain.
Yang mampu beri janji dalam pasti..
Yang mampu beri penamat dalam satu yang dinanti.
Namun..
Bicara panjang ini takkan temui noktah.
Hanya tanda , yang diturut titik titik pencarian..
Jawapan.
Mungkin betul kata hati ini.
Kamu patut mula berfikir.
Tentang kita.
Genggam cinta yang hadir.
Jangan bakal hilang.
Saya mahu kamu.
Setiap detik nafas yang berlagu.
Namun saya juga mahu jadi yang faham.
Yang mampu senyum bila tidak itu jawapan.
Yang mampu ada hanya sekadar sebagai teman.
Berfikirlah.
Cari jawapan yang semakin samar.
Namun gapailah bintang yang kamu impikan.
Jangan tersasar.
Jangan lagi tersalah pilihan.
Saya masih di sini.
Kekasih atau Sahabat.
Saya tetap di sini.
Cinta.
Itu Pasti.

Wednesday, April 6, 2011

Please Forgive me

**Please forgive me
For all my weakness & tears.

Malam yang panjang.
Bulan dan bintang.
Bicara sendiri bagai mengerti.
Hati dan minda celaru.
Semua bakal tahu.
Kesal.
Atas kejatuhan kekuatan.
Atas kehilangan kejituan.
Atas kecamuk yang menggagalkan ketenangan.
Bukan salah kamu.
Bukan juga kerana dia.
Tidak atas sesiapa juga yang ada.
Juga bukan atas jiwa sendiri.
Yang melonjak pada akal.
Menari bersama emosi.
Rentak yang semakin rancak tiada henti.

Entah.
Di mana mahu capai tenang yang semalam.

Tuhan.
Maafkan.
Atas kehilangan jiwa yang tenggelam.
Lenyap dalam dasar dalam.
Mencari.
Di balik ombak yang mendesir perlahan.
Semoga ketemu.
Semoga jitu dalam satu.
Jiwa dan Akal.
Lelah.

** dont deny me.

Tuesday, April 5, 2011

YOU

I'M TIRED.

Monday, April 4, 2011

Beri dia tenang Tuhan..

Kamu tahu apa rasanya..
Bila dengar suara sayu di corong telefon..
Pinta difahami..
Rayu dikasihi...
Kamu tahu apa rasanya..
Bila membaca pesanan berbaur kecewa dan lara...
Hanya kerna kamu yang tidak punyai rasa.

Kamu tak mungkin tahu.
Kerana selama ini juga kamu tidak mengambil tahu.
Membiarkan kami merasa derita jiwa.
Tapi sampai bila?
Kasihan saya pada yang empunya suara.
Tapi apa daya saya?
Kamu takkan pernah mahu mendengar.
Apatah lagi memahami.
Tuhan...
Terlalu lama si dia melalui jiwa derita.
Cukuplah.
Biar dia rasai bahagia dalam senyum yang panjang.
Bersama ketenangan yang diam..