Monday, June 8, 2009

curang

curang.
jalang.

semalam aku dengar puisi perempuan curang.

betul.

dia kata aku curang.

betul.

aku curang kerana dia tak ada untuk jaga jiwa ini.

betul.

aku curang.

mungkin aku memang jalang.

aku lari kau biarkan.

tak pernah cuba capai tangan.

aku curang.

kerana kau tak pandai belai.

jiwa aku kau biarkan kosong.

maka aku curang.

biar aku curang.

aku lakukan untuk diri aku kejar kebahagiaan.

4 comments:

Hidet said...

Salam..

sabar sabar..jgn pedulik apa org nak kata

ADMSKY said...

Cik Min,

Lama sudah saya tak menjenguk ruang komentar ini,
sedar tak sedar ada beberapa entri yang saya terlepas.

Pandangan saya, walau tak pernah ada sempurnanya, cukup mudah Cik Min,
Curang tak bererti jalang, Jalang juga tak akan selalu berkait curang.

kenapa perlu curang? Soalan itu, hanya empunya diri yang bisa merungkai..
yang di luar hanya boleh menilai.
yang merasa, menahan, dan membawa hanya diri seorang insan itu sendiri.

Kalau curang itu perlu untuk bahagia..
mungkin ada justifikasi kecurangan itu...
kalau curang itu, kerna gagalnya dia untuk memahami..meneman dan mengisi ruang hati..
mungkin juga ada justifikasi kecurangan itu..

Tapi curang, masih bukan jalang..
kerana curang bukan bererti maruah itu murah..
curang cuma satu mainan perasaan..
bila rasa bersalah menguasai diri,
kerana kita tahu, hati masih terikat pada yang memiliki..kerna itu, rasa curang itu datang.

Biar saja apa kata mereka..mungkin juga lontaran kata-kata saya...
yang penting, suara-suara ini tak akan pernah luntur mahu kendur..
Pasti ada yang kurang, pasti ada yang salah..
Andai mahu di akur, selamanya kita akan undur,
Jadi ikut kata biar berpada..yang tahu, hanya kita..
hanya diri kita ini yang merasa..takkan tertanggung dek mereka-mereka.

Sesuatu perkara itu, akan jadi perlu..
Dan bila ia jadi perlu, hanya kita yang akan tahu..
yang penting, hati tidak lagi goyah, tidak berbekas calit ragu..dan untuk itu, kita pasti akan tahu.

Atan said...

biar apa orang kata janji kita bahagia dan kita tahu itu terbaik buat diri kita

smilwy said...

saya takut...
saya takut awak tinggalkan saya...
saya takut saya bangun, awak tiada di sebelah saya...
jangan tinggalkan saya...
saya takut awak akan ucapkan selamat tinggal dan pergi...pergi tidak kembali...
jangan...jangan...saya takut...
bila saya takut, saya tahu...
jantung saya berdegup, airmata saya berlinang...
saya rasa takut sangat...
jangan tinggalkan saya...jangan...