Tuhan...
Bila malam datang aku sering sepi.
Mereka perempuan-perempuan yang aku kasihi.
Cuba membahagikan segalanya.
Memenuhkan jiwa mereka.
Dia ibuku..
Dia adikku yang berontak minta perhatian..
Dia adikku yang sedang bermain duka..
Dia adikku yang mahu bekal ke asrama..
Dia adikku yang mahu baju di gosok kala senja...
Dia adikku yang mahu kucup tanganku tiap kali aku pulang kerja...
Dia mak cik ku yang sering ada..
Dia cintaku..sedang sepi sendiri..
Dia jiwaku..sedang cuba menghiasi hati ini..
Dia yang jauh..sering aku tak mengerti..
Dan dia yang di sini...peneman duka dan sepi..
Tuhan...
Mereka adalah segalanya.
Mereka pelengkap hidupku.
Jangan tarik mereka dari aku.
Tuhan...
Tapi mereka tidak faham..
Mereka mahu perhatian dan kasih sayang..
Aku dan dia.
Sendirian.
Kalau kongsi itu sering jadi tekanan..
Kalau kongsi itu sering timbulkan pergaduhan.
Tuhan...
Aku kasihkan mereka..
Biar mereka faham...
Hati ini satu..
Penuh dengan cinta dan kasih mereka..
Kasih perempuan-perempuan penting hidupku.
Monday, April 27, 2009
Saturday, April 18, 2009
KOSONG
Kadang-kadang..
Kalau kita ramai-ramai..
Tapi kita balik rumah..
Kita tetap rasa kosong.
Kita tengok kiri kanan.
Kita tahu semua ada..
Tapi kita tak rasa apa-apa.
Kosong.
Kenapa agaknya kita rasa kosong?
Kalau kita ramai-ramai..
Tapi kita balik rumah..
Kita tetap rasa kosong.
Kita tengok kiri kanan.
Kita tahu semua ada..
Tapi kita tak rasa apa-apa.
Kosong.
Kenapa agaknya kita rasa kosong?
Monday, April 13, 2009
Rindu kite tak?
Kadang-kadang kite teringat kawan kite yang jauh tu.
Teringat beli ribena dengan die..
Teringat kinder bueno...
Kite rindu dekat dia..
Kite rindu dia tengok muka kite..
Rindu cara dia tengok mata kite.
Teringat beli ribena dengan die..
Teringat kinder bueno...
Kite rindu dekat dia..
Kite rindu dia tengok muka kite..
Rindu cara dia tengok mata kite.
Monday, April 6, 2009
TITIK
Saya letih jadi setia.
Jadi memahami pada setiap perkara.
saya mahu fikir tentang saya.
Kerana saya terlalu banyak terluka..
Dalam menjaga jiwa mereka semua.
Jadi memahami pada setiap perkara.
saya mahu fikir tentang saya.
Kerana saya terlalu banyak terluka..
Dalam menjaga jiwa mereka semua.
satu jiwa 4 hati.
Dalam tak sedar.
Kerana satu jiwa
Mereka telah kecewa.
Dia ,dia,dia dan dia.
Hanya kerana CINTA.
Dari Hati Seorang Dia
Tuhan..
Dia terlalu baik padaku.
Menjadikan aku segalanya dalam hidupnya.
Melengkapkan segala kekurangan yang aku ada.
Dia ada ketika aku terkejar-kejar mahu bayar bil-bil tertunggak.
Dia ada ketika barang mahu dibeli serentak.
Dia ada ketika aku marah pada hujan.
Dia ada ketika aku merungut kepanasan.
Dia sentiasa ada tuhan..
Tapi..Kesyukuran aku kepada persahabatan ini..
Aku tikam dengan kesakitan.
Aku lahirkan air mata dari insan yang menyayangi seluruh jiwaku.
Aku lahirkan sakit derita pada sahabat yang mencintai.
Aku khianati keseluruhan kepercayaan yang diberi sepenuh hati..
Tuhan..
Adakah lagi ruang kemaafan di hatinya?
Tuhan..
Aku kasihkan persahabatan kami.
Dia..keluargaku.
Dia..sahabat karibku.
Dia..teman perniagaanku.
Dia..Peneman tidurku.
Dia..sering berikan aku jus oren ketika mataku sedang layu sambil menulis..
Dia..sering tersengguk di depan televisyen ketika aku sibuk menaip..
Dia..sering turun ke bawah semata-mata mahu membantu menarik beg hitam berat ku bawa ke pejabat..
Dia..sering bungkuskan segala cucian untuk di hantar ke dobi..
Dan aku?
Aku lahirkan air mata seorang dia..
sahabat yang terlalu mencintai jiwaku.
Kejamnya aku tuhan..
Tapi tuhan..
Bagaimana dengan rasa dalam jiwaku?
Mengalah pada kenyataan itu maka aku bakal menangis kecewa..
Buntu aku tiada kesudahannya..
Dia terlalu baik padaku.
Menjadikan aku segalanya dalam hidupnya.
Melengkapkan segala kekurangan yang aku ada.
Dia ada ketika aku terkejar-kejar mahu bayar bil-bil tertunggak.
Dia ada ketika barang mahu dibeli serentak.
Dia ada ketika aku marah pada hujan.
Dia ada ketika aku merungut kepanasan.
Dia sentiasa ada tuhan..
Tapi..Kesyukuran aku kepada persahabatan ini..
Aku tikam dengan kesakitan.
Aku lahirkan air mata dari insan yang menyayangi seluruh jiwaku.
Aku lahirkan sakit derita pada sahabat yang mencintai.
Aku khianati keseluruhan kepercayaan yang diberi sepenuh hati..
Tuhan..
Adakah lagi ruang kemaafan di hatinya?
Tuhan..
Aku kasihkan persahabatan kami.
Dia..keluargaku.
Dia..sahabat karibku.
Dia..teman perniagaanku.
Dia..Peneman tidurku.
Dia..sering berikan aku jus oren ketika mataku sedang layu sambil menulis..
Dia..sering tersengguk di depan televisyen ketika aku sibuk menaip..
Dia..sering turun ke bawah semata-mata mahu membantu menarik beg hitam berat ku bawa ke pejabat..
Dia..sering bungkuskan segala cucian untuk di hantar ke dobi..
Dan aku?
Aku lahirkan air mata seorang dia..
sahabat yang terlalu mencintai jiwaku.
Kejamnya aku tuhan..
Tapi tuhan..
Bagaimana dengan rasa dalam jiwaku?
Mengalah pada kenyataan itu maka aku bakal menangis kecewa..
Buntu aku tiada kesudahannya..
Thursday, April 2, 2009
SAYA MAHU TERUS DOA
Beberapa minit lepas, saya telah memadamkan entry berkenaan rasa kecewa yang saya sedang lalui. Kerana apa? Kerana saya malu dengan diri sendiri. Malu membaca tulisan rasa kecewa saya yang tidak langsung mahu bersyukur.. Saya baca tulisan ESKAPISMINDA.. dan hati saya luluh.
Luluh kerana kisah calvin yang derita sehingga menghembuskan nafas terakhirnya. Kisah Kedua ibu bapanya yang tabah walau mereka tahu si kecil itu bakal pergi. Tulisan Kak Intan telah membuatkan hati saya berdetik...dunia bukan tentang saya. Tunduk ke bawah. Jangan sesekali mendongak ke atas. Hikmah. Saya pasti itu ada.
Saya boleh aja menangis merintih dengan nasib dan hak saya yang di cabul gondol. Kewibawaan saya yang dibogelkan mereka-mereka di sini. Mengutuk..mencerca mereka juga saya boleh. Tapi apa untungnya saya?
Lalu selepas saya baca kisah Calvin, saya jadi diam dan sayu. Anak kecil itu bisa lalui hidupnya dengan tabah.. Kenapa saya yang telah lalui semuanya dengan tenang selama ini mahu mengalah? Mereka mahu menindas saya. Mempertikaikan mutu kerja dan kewibawaan saya..
Tak apalah.. saya masih punyai yang atas sana...Lalu saya perlu tadah tangan dan serahkan jiwa saya pada DIA.
Wednesday, April 1, 2009
INTERNET
Ada siapa-siapa yang pandai repair internet tak? Tak boleh buat ape-ape ni.. nak buat transaction maybank2u pun tak boleh.. geram betul...
Subscribe to:
Posts (Atom)