Thursday, May 24, 2012

DO WHAT IS RIGHT EVEN WHEN YOU ARE STANDING ALONE.

Malaysia dikejutkan dengan kehadiran Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili Anwar Ibrahim dan bermulalah penulisan demi penulisan yang mempertikaikan kekalahan Pendakwaan dalam perbicaraan kes Liwat Anwar terhadap Saiful. Kewibawaan Datuk Yusof kini dipertikaikan.

SEBAK. Hati saya luluh membaca hinaan, tuduhan, fitnah dan cercaan ke atas Datuk Mohd Yusof dan Pendakwaan secara keseluruhannya. 

Siapa anda untuk mempertikaikan kewibawaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden? Siapa anda untuk mengaitkan tewasnya pendakwaan di dalam kes liwat Anwar Ibrahim? Hentikan spekulasi dan publisiti murahan yang sedang anda semua sebarkan.

Datuk Yusof adalah seorang individu yang mempunyai integriti yang tinggi dalam apa jua yang di lakukan olehnya. Berkhidmat di bawah beliau semasa di Pendakwaan membuat saya belajar banyak perkara. Antaranya adalah 'Do Justice to People'. Semasa saya ditukarkan dari Pendakwaan ke bahagian Kehakiman, nasihat Datuk Yusof yang mengukuhkan goyah jiwa saya. Beliau adalah guru saya. Bapa saya. Rakan saya dan yang penting beliau adalah pemimpin yang sangat amanah dalam apa jua yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

"Aminahtul, I remember you. I hear about you from time to time from Noreen. Am glad that you have taken what is positive about us, Noreen and I and made it part of you as a dpp and a legal officer. You are one of the committed officers and am thankful that you were once a dpp under me. Hope you would always strive to be better and hopefully you would come back to prosecution soon. DO WHAT IS RIGHT EVEN WHEN YOU ARE STANDING ALONE. This quote I would like to share with you to guide you. Take care. Salam"

Beliau pasti punyai alasan yang jitu dalam apa jua keputusan yang beliau ambil dalam perjalanan kerjayanya. He is doing what is right even he is standing alone. Penulis yang tidak mengenali beliau tidak punyai hak untuk mempertikaikan apa jua tindakan beliau dalam perjalanan kerjaya yang beliau ambil.

Semoga Allah melindungi Datuk Yusof dari sebarang fitnah dan hasad dengki.


No comments: