Friday, November 18, 2011

Untuk Kamu.

Saya selalu membaca penulisan kamu. Tiap kali ada yang baru.. Atau hanya mahu membaca penulisan lepas yang kamu coretkan tatkala kita masih bicara mata ke mata. Kamu mungkin tidak tahu yang saya lakukan itu. Tatkala membaca penulisan kamu semalam.. saya terdetik... mungkinkah ini untuk persahabatan yang pernah kita jalinkan... dan atas dasar itu... saya coretkan kamu sedikit pesanan...sekadar permulaan. Biarpun penulisan itu untuk saya atau untuk sesiapa pun.. yang saya katakan adalah dari benak jiwa yang punyai rindu pada bicara kita. Kamu antara yang mampu menyapu air mata saya. Tatkala saya pilu melalui hari ini dan semalam..

Saya rindu pada penulisan kamu di laman blog saya. Memberi kata-kata yang mampu meneguhkan saya. Maaf.. atas segalanya. Maaf.. atas luka yang pernah saya coretkan. Kamu tidak pernah saya lupa.

1 comment:

Anonymous said...

hari ini aku gagahkan hati utk menjenguk. bukankah aku telah hulurkan salam. aku berikan ruang. lantas kenapa kamu masih hilang?

kamu mahu aku hadir di sini spt dulu. kamu tahu bahawa aku sering mahu ke sini. tp aku malu... malu krn satu waktu kamu perlekehkan aku kpd teman2 mu. lantas aku cuma jenguk walaupun hanya melihat sepotong tajuk yg kamu tulis jika ada masa. aku cuma lihat sekadar tajuk tanpa aku jenguk krn kamu letak kan keadaan aku jadi begitu.

tapi hari ini aku dtg setelah semalam aku merendah diri ajak kamu kembali duduk melihat hidup... dan senyum kembali. kenapa kamu lari? kenapa kamu tak peduli?