Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Merdeka?

Negara kita sudah merdeka dari jajahan fizikal yang menyakitkan.
Perwira negara berjuang dalam darah yang tak pernah dilupakan.
Merdekakah kita sebenarnya?
Dari jiwa dari minda?
Kenapa sia-siakan perjuangan yang lampau.
Dengan penjajahan zaman hari ini.
Dan aku sendiri masih dijajah.
Dalam perjuangan keluar yang perit dan menyakitkan.

Monday, August 30, 2010

Jauh Hati

Saya sering meletakkan diri dalam pilihan yang salah. Dalam memilih hala hidup dan cinta. Saya seringkala merasa pilihan yang di buat adalah yang terbaik bila mana segalanya adalah penderitaan yang panjang.

Serik belum pernah menghuni kamus hidup saya. Terus-terusan memilih jalan hidup yang entah di mana kesudahannya selain air mata yang semakin kering.

Saya akur. Jalan ini bukan jalan keredhaan. Cinta ini datang dalam murka yang Esa. Tapi dalam tahu itu ada hati yang mahu dibelai manja. Pilihan yang tidak tahu betul salahnya. Dan dalam tidak mengetahui saya memilih satu antara dua.

Salah siapa atas pilihan yang kosong ini? Hati atau jiwa? Akal entah ke mana. Bila air mata bermain di lubuk perasaan...tatkala itulah mata buka luas dan minda segera berputar. Hentikan. Namun apa daya yang ada. Semua hanya kejahilan fikiran. Kedaifan perasaan. Kekhilafan perhitungan.

Saturday, August 14, 2010

26 Episod

Doakan saya.
Semalam saya menerima khabar.
Sinopsis drama 26 episod saya diterima di stesyen TV "~~~rahsia dulu~~~"
Saya mahu mengalirkan air mata.
Bukan senang orang baru seperti saya boleh diterima masuk dalam industri.
Doakan ini bukan hanya cakap kosong lagi.
Saya perlukan masa lebih dari 24 jam sehari..
Mungkin tidur saya makin hilang masanya.
Yang penting...
Kamu semua harus doakan saya.

Wednesday, August 4, 2010

Mata Hati


Alhamdulillah.
Bernafas saya untuk hari ini.


Mungkin saya boleh pertimbangkan ini ~~~

Monday, August 2, 2010

kasih sayang


Pagi tadi hantar hayyan~~ (adik yang bongsu) ke sekolah. Sampai terus dia kata;

'angah hantar hayan sampai kelas ok'

Di depan pintu kelas, Awin ~~ (kawan baik hayan) dah menungu. Mereka terus senyum girang.

Hayan dah tak nampak saya lagi. Terus peluk awin dan mereka pimpin tangan jalan ke padang.

(jarak 2 minit perjalanan dari kelas ke padang)

Tangan mereka tak lepas.

Dan saya kagum.

Mereka dipenuhi dengan kasih sayang.

~~Indahnya dunia yang penuh kasih sayang~~

Sunday, August 1, 2010

Kata Hati

Aku semakin hilang dalam kekalutan fikiran yang hitam.
Asap dalam kepulan yang terlalu lebat tanpa hujan.
Aku belajar tersenyum dalam sedu tangisan.
Aku belajar tertawa dalam bisikan kekecewaan.
Aku semakin tegar dalam kehilangan yang mencengkam.
Masih dalam diam.