Wednesday, September 16, 2009

Bacaan penghuni jiwa kosong

Hadir dengan nafas kekeluargaan.
Hidup dengan nadi satu.
Bukan itu yang menjadi tonggak penjelasan dan perjuangan.
Cukuplah berpura-pura menyayangi dan memberi perhatian.
Sedangkan semua tahu yang ada hanya nada keangkuhan.
Berambus semua dengan penafian.
Pergi jauh dari tema kehidupan.
Dan kamu yang membaca.
Sudah terasa?
Mahu angkat mendering satu negara.
Menulis bertemakan kamu?
Jangan mimpi.
Disampahkan itu selayaknya.
Bersumpah itu tonggak pengakhiran.
Kereta besar, rumah besar, jiwa juga perlu besar bukan.
Tidak.
Yang besar itu keangkuhan.
Yang besar itu pembohongan.
Keliling dibohong.
Yang besar itu penafian.
Kamu-kamu penghuni jiwa kosong.
Cukuplah menabur senyum.
Palsu dan menjelikkan!

4 comments:

addyaholix said...

ratapi tangis.
berdepan hati yang gila.
biar yang di depan mata.
hilang akal.
persetan semua.
yang dicari cuma bahagia.

Unknown said...

Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: ” Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka (atau hariraya) dan kedua, kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya kelak”. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri dari saya,andai kata tersilap bahasa,maaf dipinta ye..hu3
Harap boleh tukar link…..lepas nie…(add la saya)

Anonymous said...

Salam Syawal utk Min dan family. Maaf zahir & batin. Sampaikan salam utk ayah, umi, dan adik2mu. It's been a long time ago from the day we met. And sometime i've been thinking if i can turn the time back!

Regards,
U know me - from Doha, Qatar :)

Min said...

addy: yang dicari cuma bahagia..

anak pandang sekeluarga: singgah selalu...

anonymous: masa yang berlalu tak mungkin dapat dikembalikan.