Aku berteleku di sejadah.
Merenung dan berfikir tentang keadaan yang berlaku.
Saya kasihkan kedua insan penting dalam hidup aku..
Yang bertanggungjawab melahir, membesar dan mendidik aku.
Ada ketika hati aku berdetik.
Aku mahu segera menghapuskan segala masalah mereka.
Hati saya tidak lagi sanggup melihat kekecewaan mereka.
Tidak lagi sanggup melihat kusut pening mereka.
Umi telah banyak berkorban demi jiwa yang sepuluh.
Umi bekerja berpatah tulang.
Bukan sedikit perjuangan.
15 tahun umi sendiri.
Hari ini masih sendiri.
Aku mahu umi senang.
Aku mahu umi jauh dari hutang dan permintaan.
Letih.
Yang seorang di Seremban..masih mencari arah tujuan.
Yang seorang di Gombak .. berjuang dalam perundangan.
Dua orang di Kedah..Yang pernah melukakan.
Harapan demi perubahan.
Yang dua lagi di Johor..
Masih berjuang demi PMR.
Yang dua lagi..
Masih belajar berlari dan gosok baju sendiri.
Pilu.
Ayah juga keletihan.
Usia makin bercambah.
Sebak dada ini.
Ayah masih keluar subuh hari.
Hari ahad bukan hari cuti.
Tuhan..
Kenapa setelah aku cuba sepenuh jiwa..
Setelah aku gadai segala kudrat yang ada..
Aku masih anak yang gagal...
Aku masih tak mampu sempurnakan keperluan..
Aku masih tidak dapat jadikan mereka senang.
Perjalanan kudratku masih panjang.
Akan aku sempurnakan impian..
Beri angah masa umi, ayah..
Beri angah masa adik-adik..
Tuhan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment