Wednesday, July 31, 2013
CUKUP
Untuk kesekian kalinya, aku termenung tanpa bicara. Hanya mampu melihat dalam diam dan rasa yang terpendam. Manusia terlalu alpa. Rakus dalam mencapai niat jiwa. Kamu wahai lelaki... hutang apa aku pada kamu. Menuntut kamu bagai aku berhutang nyawa. Antara kita telah lama aku selesaikan..hatta yang pada asalnya kamu bicara pemberian. Apa lagi yang kamu perjuangkan? Dalam lebihan yang tak berkesudahan, bukan antara aku dan kamu.. hanya usaha yang kandas dan rugi kita. Bukan hutang aku pada kamu. Jangan kamu gunakan nama aku sebagai jalang. Hanya atas enak kamu tidak dipalitkan. Lelah. Aku terlalu lelah. dalam tahun ke sepuluh hingga ke tiga belas. Cerita yang tiada noktah dari kamu yang sentiasa mahu menghancurkan. Apa mahumu? Apa dosa aku pada kamu? Cinta kamu bukan pilihan aku. Dan jika songsang aku hancurkan hati kamu.. aku punyai Tuhan. Juga Tuhan kamu. Hitung aku bersama Tuhan. Nasib aku di tangan Tuhan. Bukan kamu. Bukan kamu Tuhan aku. CUKUP. Maruah aku telah kamu canangkan. Dalam Ramadhan yang sebelas. Aku diasing bagai punyai kusta. Dihina bagai tiada maruah dan agama. Maruah aku kau palitkan.. dalam selongkar empat meja. Mata keliling lihat dan renung. Sungguh... maruah aku dalam hitung kamu. CUKUP. Aku tidak mahu lagi bicara yang lama. Untuk apa pertikai kisah aku. Bukan kamu penentu syurga neraka ku. Kamu tidak tahu. Tidak pernah tahu. Di gomol di bogelkan. Itu maruah aku. Bukan kamu. Maka tiada kamu hak pada aku. Pada masa depanku. Pada namaku.
Subscribe to:
Posts (Atom)