When was the last time i visit this page? Dah lama dah tak menulis. Idea dah tak ada. Terlalu banyak yang terjadi sampai otak dah beku dan tak mampu nak berfikir. I can't write anymore. Too much to say but too scared to share. Pengalaman berkongsi dengan penuh percaya.. dan akhirnya dijatuhkan tanpa simpati.. membuat aku jadi takut nak bercerita..
Hidup aku sekarang tak banyak bezanya dengan kehidupan aku yang dulu. Cuma sekarang aku lebih banyak simpan sendiri apa yang aku rasa. Diam dari terlalu banyak bicara. Tak tahu nak luahkan pada siapa. Tak tahu siapa yang boleh mendengar tanpa menuding jari.. mendengar tanpa menghakimi...mendengar tanpa mengeji.
Kalau ada pun yang bertanya..aku sekadar bercerita pada dasar sahaja. Tak mahu bercerita lebih. Dan saat ini.. aku menulis kerana tidak lagi tertahan dengan apa yang terpendam. Letih. Terlalu penat berjuang untuk memulihkan keadaan... membetulkan kekhilafan.. masih jua serong dalam pandangan. Mahu cerita pada siapa rasa jiwa ini? Bila ditanya..mungkin terpaksa reka cerita.. agar aku tidak perlu cerita apa yang benar.. kerana aku tahu jawapan yang bakal aku terima akan menambah luka di hati.
** Jiwa rasa terkurung.