Wednesday, November 23, 2011

Silam.

Setiap kali melihat gabungan wajah-wajah itu..
Hati berdetik pedih dan pilu.
Segala kisah silam kembali mencengkam.
Entah bagaimana mahu dibuang jauh.
Segala kenangan yang menghimpit sanubari.
Entah bagaimana mahu melihat suci.
Dalam kehitaman palitan sejarah semalam.
Bukan mahu mengenang.
Bukan mahu hidup dalam kesedihan.
Bukan juga mahu membiarkan diri terus-terusan...
Dibelenggu Kisah Kamu dan dia. Kisah kita.
Sayu hati tatkala wajah-wajah itu kembali.
Pilu tatkala wajah-wajah itu menerpa.
Entah mahu sembunyi di mana.
Entah mahu pecut sederas mana.
Duhai hati.
Tenanglah.
Jangan biar kisah silam meragut bahgia kini.

Monday, November 21, 2011

Salah apa.

Salah apa lagi pada aku?
Kamu enggan senyum dalam ceria pagi.
Kamu enggan usap rambut ini tatkala celik mata.
Kamu enggan melihat mata dan katakan kamu cinta.
Salah apa lagi pada aku?
Wajah sepi kamu menyesakkan jiwa.
Maafkan aku jika segalanya kamu kuburkan dalam benakmu.
Melihat aku kamu pilu.
Melihat aku kamu terluka.
Maafkan aku jika bicara ada yang mengguris rasa.
Melukakan kamu bukan agenda cinta aku.
Menyakiti kamu tiada dalam diari bahagia jiwa.
Salah apa lagi pada aku?
Maaf untuk bertanya.
Aku hanya mahu kamu senyum seperti biasa.

Friday, November 18, 2011

Untuk Kamu.

Saya selalu membaca penulisan kamu. Tiap kali ada yang baru.. Atau hanya mahu membaca penulisan lepas yang kamu coretkan tatkala kita masih bicara mata ke mata. Kamu mungkin tidak tahu yang saya lakukan itu. Tatkala membaca penulisan kamu semalam.. saya terdetik... mungkinkah ini untuk persahabatan yang pernah kita jalinkan... dan atas dasar itu... saya coretkan kamu sedikit pesanan...sekadar permulaan. Biarpun penulisan itu untuk saya atau untuk sesiapa pun.. yang saya katakan adalah dari benak jiwa yang punyai rindu pada bicara kita. Kamu antara yang mampu menyapu air mata saya. Tatkala saya pilu melalui hari ini dan semalam..

Saya rindu pada penulisan kamu di laman blog saya. Memberi kata-kata yang mampu meneguhkan saya. Maaf.. atas segalanya. Maaf.. atas luka yang pernah saya coretkan. Kamu tidak pernah saya lupa.

Thursday, November 17, 2011

Bingung

Entah apa yang bersarang di hati kini.
Benak yang berdetik dalam nafas yang deras tidak menentu.
Berat untuk aku mengukap rasa.
Lelah untuk aku menahan sesak di dada.
Entah apa yang berbicara di ruang jiwa.
Entah bagaimana untuk meluah tatkala tiada cerita dalam gurindamnya.
Bingung.
Misteri jiwa yang tak pernah ku tahu akhirnya.

Wednesday, November 16, 2011

Kamu Patut Tahu....

Banyak ruang kosong yang cuba saya penuhi.
Memastikan tiada lagi kelam yang bersarang dalam diam.
Membina satu ikatan dalam kekeliruan.
Rasa yang saya sendiri tidak pasti mulai di mana.
Masih jauh dalam pengakhiran ceritanya.
Kamu patut tahu...
Saya lakukan ini untuk kamu.
Agar kamu tenang tanpa kerut dan serabut.
Kamu patut tahu...
Dalam senyum ini masih ada jiwa yang sakit.
Untuk memahami dan meyakini.
Menelan perit yang tidak pernah di bayangi.
Kamu patut tahu...
Ini bukan cerita pelangi mewarnai langit.
Ini awan kelabu diiringi hujan.
Dan pelangi hanya bakal timbul detik kemudian.
Kamu patut tahu...
Walau pedih.
Walau perit.
Saya tidak mungkin berhenti.
Untuk kamu.
Untuk kita.

Tuesday, November 15, 2011

Biar Diam Berbicara.

Tuhan.
Biar saja aku diam.
Tiada kata lagi mahu bicara.
Tiada lagu lagi mahu di karang.
Tiada lirik lagi mahu di tulis.
Hati yang semakin layu.
Hanya bersisa sendu lama.
Aku melihat kisah semalam.
Yang kembali melingkar.
Dalam cerita yang beda..
Namun rasa yang masih sama.
Pilu.
Pejam mata dan tidur.
Mahu gurindam dalam lagu warna jingga.
Biar hilang segala luka.
Biar lenyap segala kecewa.
Biar hanya diam yang berbicara.
Dalam bahasa sepi dan bisu.
Walau luka torehan makin dalam.
Langkah demi langkah ku gagahkan.
Berat.
Tapi hanya itu yang mampu mewarna dalam pelangi bahagia.
Dalam senyuman yang tiada paksa.
Masih dalam diam yang berbicara.

Friday, November 4, 2011

Pisah

Saat ini...
Yang tinggal hanya luka yang bernanah.
Kamu sentiasa mahu berlalu.
Dulu dan kini.
Jalan itu yang kamu tuju.
Cukuplah.
Jangan diulang derita perpisahan itu lagi..
Terlalu sakit.
Terlalu pedih.

Mungkin kamu masih tidak mampu melihat.
Mungkin kamu masih tidak dapat merasai.
Mungkin kamu rasakan masih belum mencukupi.
Segala yang telah saya lakukan.
Segala yang telah saya korbankan.

Yang kamu jiwai.
Hanya luka mereka dalam perjuangan saya.

Saya tidak pernah meminta kamu memilih.
Saya juga tidak pernah menidakkan yang benar.\

Tapi janji yang kamu tabur.
Janji yang kamu semai.
Saya genggam dalam tiap hembusan nafas yang berlagu.
Air mata semakin kering.
Hati semakin hiba.
Jiwa semakin kecewa.
Nafas bagai dicarik-carik.
Senyum bagai dirobek robek.

Saya masih berdiri.
Masih mahu berjuang.
Hanya bakal berhenti.
Bila jiwa ini mati.
Dan itu.
Hanya bila jasad berpisah dari jiwa.

Wednesday, November 2, 2011

Dear God..

dear god..
please help me fix my broken heart..