Wednesday, September 30, 2009

R.I.N.D.U









RINDU.TITIK.

Selamat Pergi Cinta.

aku : terima kasih kerana cintakan saya.

dia: cinta? aku tak pernah rasa cinta.

aku: jadi kita ada apa dalam hari-hari bersama?

dia: kenikmatan hidup. bersama untuk seketika. kepedihan hidup. Pergi selepas sementara.

Cinta itu bukan untuk satu detik yang mutlak. Diciptakan cinta untuk mengasihi, dikasihi. Cinta datang mungkin akan terus berdiri. Ada cinta yang datang hanya untuk pergi.

Cinta pada aku hanyalah satu bait ayat dalam kamus yang difahami dalam nada berbeza. Semua kata aku cinta kau, i love you. Tapi tak semua merasai bila menyatakan bukan dari hati.

Monday, September 28, 2009

bibik.lawyer .kerani

9 years of friendship.
48 hours of chatting.
And here we are.
Being friends again.
And she called me "Bibik, Lawyer & kerani"

Motif?

At least i know i have someone to talk to.

"Psycho tu dah nak blah"

Mereka yang berkata ini:

"Say dat to yourself. Face you? Haha. Ingat u're so alim ke? Baik? Solehah? Setakat pakai tudung tapi hati busuk penuh hina, lupakan sajalah. kamu bukan semulia itu untuk cakap besar mcm tu. belajar tinggi2 ambil law tapi pemikiran sempit."

Adalah mereka yang mengajar erti kekeluargaan...

Wednesday, September 23, 2009

choco top...

Its an addition to the pain.
But its worth saying.
And a reward i can say.

Wednesday, September 16, 2009

Bacaan penghuni jiwa kosong

Hadir dengan nafas kekeluargaan.
Hidup dengan nadi satu.
Bukan itu yang menjadi tonggak penjelasan dan perjuangan.
Cukuplah berpura-pura menyayangi dan memberi perhatian.
Sedangkan semua tahu yang ada hanya nada keangkuhan.
Berambus semua dengan penafian.
Pergi jauh dari tema kehidupan.
Dan kamu yang membaca.
Sudah terasa?
Mahu angkat mendering satu negara.
Menulis bertemakan kamu?
Jangan mimpi.
Disampahkan itu selayaknya.
Bersumpah itu tonggak pengakhiran.
Kereta besar, rumah besar, jiwa juga perlu besar bukan.
Tidak.
Yang besar itu keangkuhan.
Yang besar itu pembohongan.
Keliling dibohong.
Yang besar itu penafian.
Kamu-kamu penghuni jiwa kosong.
Cukuplah menabur senyum.
Palsu dan menjelikkan!

Friday, September 11, 2009

Final Day

3 sinopsis. Pitching time jam di dinding minta berhenti nak pergi sembahyang jumaat. Harap-harap ada yang melekat. Dah lama tak menulis skrip. Konon-konon dulu merajuk sebab skrip di cetak rompak oleh syarikat yang kaw-kaw kutuk kata skripku itu tak bagus. Alih-alih keluar TV tak sampai 2 bulan selepas itu. (Masa ni umur 18 - tak tahu kena cop hakcipta terpelihara)

Thursday, September 10, 2009

Mari Baca

Blog ini saya buka semula mengenangkan saya mahu menulis dan punyai hak untuk bersuara. Siapa yang tidak senang, tidak suka, jauhkan diri anda dari blog saya supaya tidak ada yang sakit jantung atau makan hati tanpa saya sedari.

hari ketiga

Hari ni masih pitching untuk skrip drama episodik.
Berceloteh macam nak rak tapi muka yang mendengar terutamanya bonda di hujung hanya pandang dan sebaik kalimah terakhir keluar dari mulut mereka senyum dan mengucapkan terima kasih.
RTM..RTM.. kadang-kadang 30 drama bagus dibentangkan sekalipun, kalau penilai bukan orang seni...ekspresi kami mahu dicantas sana-sini...Idea kami bakal mati. Hati kami bakal kosong. Sifar.

Tapi. Yang indahnya hari ini, saya berkenalan dengan abang Sabree Fadzil. Dulu berlakon dan kini mengarah. Berjiwa besar dan mengagumkan. "Nanti kita bekerjasama" janji dia.

Wednesday, September 9, 2009

Day one & Day Two

Semalam dan hari ini saya pitching skrip drama 13 episod di RTM. Pengalaman yang tidak mungkin dapat saya beli di mana-mana. Ada lagi dua hari. Doakan saya.

Monday, September 7, 2009

Dendam cinta

sedih sungguh melihat anak-anak muda hari ini yang sanggup melakukan apa sahaja demi cinta yang tidak dikecapi.

kisah satu:
si dia cinta yang satu dan yang satu itu tidak mahu. Dia sebarkan pada dunia, dia sudah perolehi nikmatnya. terus ceroboh rumah sewa si dia dan membuat mereka di tangkap dan di dakwa bersama. Lelaki memang sama!

kisah dua:
si dia tidak mahu cintanya. Dia sebarkan dan aibkan si dia di layar blog. Mengeluarkan segala kisah yang dunia tidak pernah tahu. Lelaki memang tak boleh dipercayai.

Dan ini kisah remaja usia 18 tahun. Saya terfikir...18 tahun adalah masa saya di uitm dan masih kebodohan tentang hidup. Haish...