Dalam hidup, manusia perlu lakukan perubahan. dari yang biasa kepada yang lebih baik. Aku mungkin belum mampu mencapai puncak perubahan yang terbaik. Tetapi aku masih mencuba dan sedang mencari diri. Duduk dan berfikir apa sebenarnya yang aku mahu dalam hidup. Sampai bila aku harus bersembunyi di balik kehidupan lampau yang sering aku jadikan noktah dalam menggerakkan perubahan. Titik yang aku lakarkan mungkin perlu aku padamkan. Beri peluang pada diri untuk merasai dan memahami hidup dengan cara yang mudah. Hentikan bait kesakitan yang semakin bernanah.
Tapi, ada kalanya aku ketakutan. Takut pada apa itu tidak dapat aku huraikan. Saat ini aku masih mencipta kekuatan. Hidup bukan untuk di tangisi tapi untuk diperjuangkan. Dan perjuangan aku bukan sekadar di sini. Kerana perjalananku masih panjang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Selamat berjuang :-)
perjuangan itu sebahagian dari perjalana..
andai derita itu mampu membawa kebahagian...
saya sanggup derita...
awak bagaimana??
sanggupkah??......
kadangkala keadaan membataskan kesanggupan..
perubahan itu harus datang secara ikhlas min, bukan satu bentuk paksaan. ubahlah apa yg ada dalam jiwa (dalaman) terlebih dahulu jika itu kemampuan pertama kita... insyaAllah perubahan luaran akan slowly emerge... jgn kita berubah luaran tapi dalamannya masih lanskap yg sama... jika berjaya melakukan keduanya serentak... alhamdulillah. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Dia lah yg lebih mengetahui nawaitu yg terdetik di hati kita. :)
fai... jika saya, saya akan tgk utk apakah derita itu saya ambil demi atas nama kebahagiaan. jika saya harus derita, derita itu utk apa? utk agama? untuk negara? ya saya berani mengatakan saya sanggup utk itu.
jika derita itu hanya cebisan pengorbanan utk melihat kebahagiaan org lain dan tak pula kita cuba utk memilikinya... apakah nilai derita itu? jgn pula kita rasakan ia mulia sdgkan tuhan melihat kita kejam kpd diri sendiri
cik sekut:tulisan anda selalu buat saya berfikir...dan memahami.
jika tulisan saya baik utk diguna... silakan :)
Post a Comment