Thursday, October 22, 2009

Pilihan atau Memilih

Siapa kata dalam hidup kita ada banyak pilihan? Aku tak nampak relevan pernyataan pilihan ni. Kadang-kadang memang ada orang yang bernasib baik, yang boleh buat apa juga pilihan dalam hidup..mencorakkan hidup sendiri seprti yang dikehendaki. Tapi, ada juga yang tak boleh buat pilihan..dan kadang-kadang tak ada pilihan pun untuk di putuskan.

Mudah. Aku masuk ke TIKL bukan kerana aku mahu tapi kerana umi mahu aku belajar jurusan elektrical di sekolah lamanya. (dulu umi sekolah TIKL). Lepas ke TIKL.. aku masuk Uitm Shah Alam jurusan undang-undang- juga atas pilihan ayah. Bekerja- kerajaan- juga atas pilihan keluarga. Memuaskan hati orang tua tak salah kan? Membahagiakan mereka tak salah kan? Jadi kenapa ada manusia - manusia sekeliling yang pertikaikan keputusan yang aku buat? Titiknya di situ aku telah buat satu pilihan. Memilih untuk menyenangkan hati kedua orang tuaku. Itu pilihan aku.

Melihat adik-adik yang membesar di zaman ayah sudah mampu beri sedikit kesenangan, umi sudah mampu titip wang tiap kali di sms... aku sedikit keliru. Anak-anak ini tidak diberi satu titik untuk membuat pilihan. Mahu mendengar kata atau kata-katanya di dengar? Sudah pandai mahu pilih untuk belajar atau tidak. Sudah pandai mahu pilih mahu berhenti universiti ini, masuk universiti itu. (Mungkin rasa hebat dengan bunyi universiti luar negara yang tak tentu lagi ada MQA atau tidak). Anak-anak sekarang sudah pandai memilih untuk bercinta atau tidak. Untuk beritahu ibu ayah ke mana mahu pergi atau tidak. Itu pilihan zaman sekarang. Hairan. Mungkin kalau ibu ibu ayah ayah yang boleh memilih.. sudah lama memilih untuk berhenti memberi wang saku. Berhenti mengeluarkan belanja untuk sekolah. Berhenti untuk bekerja keras.

Tapi.. itu bukan pilihan mereka. Kerana itu ibu ayah ku doakan syurga...

6 comments:

Aku... CikSekut said...

betul tu min... anak2 skrg ini sudah terlalu diberi kebebasan dalam memilih... Kuasa memilih itu sudah semcm tidak ada nilai. Ibubapa yg harus mengikut anak2 atau anak2 harus mengikut ibubapa? dunia sudah terlalu berubah min.

Fai said...

wow!speechless..

Min said...

cik sekut:terlalu berubah sehingga menyakitkan...

fai: define?

Aku... CikSekut said...

kesian kan, min... makin dunia maju... kita makin jadi bodoh tanpa kita sedar. same goes to my nephews and nieces... hidup terlalu mudah. ibubapa hanya kilang yg melahirkan, tp menghormatinya? tidak lagi...

NuMan said...

kasihan kamu...bila saya baca, saya fahami, saya selami...saya dapat rasa apa yang kamu rasa...
bersabarlah...biarlah masa tentukan, jangan serabutkan fikiran kamu...
Berdoalah pada Allah yang maha mengetahui, maha memahami, dan maha pengasih...semoga kamu diberi petunjuk dan ketenangan...

Min said...

cik sekut: penghormatan hanya datang bila duit diperlukan.

NuMan: berdoa itu tiada henti. Harapan itu masih mati.