Sunday, October 4, 2009

Selamat Pergi Cinta (4)

aku: saya tidak mahu lagi berfikir tentang cinta.

dia: cinta itu sebahagian dari hidup. mahu atau tidak, kamu akan tetap melalui, merasai dan mengenali cinta. kamu perlu tahu...cinta bukan hanya pada manusia.

aku: saya tahu itu. semua orang bercakap perkara yang sama. cinta pada Allah , Rasulullah s.a.w & Malaikat...itu selamanya. Cinta pada umi dan ayah..itu kekal dan abadi... cinta pada keluarga.. itu akan saya pastikan teguhnya... cinta pada persahabatan...itu tonggak nadi... cinta pada kerjaya... itu keperluan.. cinta pada manusia? kamu tahu apa maksud saya.

dia: kamu perlu melihat apa yang berlaku dalam kamu mencintai seseorang sebagai pembelajaran kehidupan. kamu belajar bagaimana disakiti..bagaimana dikhianati..bagaimana dicemburui.. kamu belajar bagaimana indahnya diberi perhatian.. diletakkan bagai permaisuri.. kamu belajar dihargai.. dan kamu juga belajar.. didustai.. dihina dan dimaki, diberikan janji tak pernah dikotai, ada juga cinta mengajar hinaan dinodai.. cinta itu luas.. kamu perlu faham itu.

aku: C.I.N.T.A- apakah cinta membenarkan kita melukakan tanpa alasan? meninggalkan parut yang terlalu dalam dan tidak akan pernah mampu di rawat lagi. siapa kata cinta melayakkan sesiapa menghina dan memaki? siapa kata cinta menghalalkan lebam-lebam lakar pada diri? siapa kata cinta membenarkan kejujuran dipandang sepi? siapa kata??

dia: beri masa pada diri kamu. ambil sebanyak masa yang kamu mahu. biar akal kamu menguasai jiwa kamu. biar hati kamu diajar satu persatu.

aku: berhenti mencari kesilapan saya. berhenti meletakkan saya seperti perempuan hina tanpa agama. berhenti mensabitkan saya tanpa sebarang bukti nyata. berhenti berkata-kata menghina. saya bukan malaikat diciptakan untuk menjadi sempurna.

4 comments:

ADMSKY said...

Cik Min,
Pernah saya katakan cinta itu indah dalam resah...
Ada benarnya, terlalu berfikir tentang akan cinta, bisa buat jiwa jadi gila..minda jadi huru hara..
Tapi..itu semua indahnya cinta..

Benar, cinta tak pernah membenarkan maruah diperkotak-katikkan..
cinta perlu berasaskan percaya..
Cuma mungkin, justifikasi pertikaian cinta itu perlu juga di nilai..

Mungkin di kala begini..cik Min cuma perlukan ruang untuk sendiri..
Menilai dan mencari erti diri kembali...
Sungguh, kita cuma manusia biasa..takkan terlepas dari penilaian yang tak sempurna..

Walau apa pun...kepercayaan saya cuma satu..
Cik Min wanita tabah..
Jiwa kamu juga sukar untuk goyah..
Percaya kamu tetap tidak berubah..
Walau penat, walau sukar..kamu masih di situ,berdiri dan terus berpaksi..
Saya masih percaya..di hujung jalan itu,
Masih ada sinar utk kamu, dan bahagia itu akan tetap milikmu.

Min said...

ADMSKY..bicara kamu melihat kamu mengenali saya. tq for giving me words that can make me smile.

Syahril said...

takde idea nak ckp apa... cuma nak tumpang stuju ngn ADMSKY...

sy nk ajak share info psl cinta kat blog Ustaz Zaharuddin (UIAM) ni... mana tau ada info berguna ke...

http://www.zaharuddin.net/content/view/857/#comment84637

p/s: senyum sokmo ok =)

Min said...

salam ahmad syahril...insyaallah saya singgah blog ustaz zaharuddin..