Thursday, October 15, 2009

Tak tahan tahap max!

Aku memang tak faham dengan sesetengah orang yang tak pernah nak belajar bersyukur dengan apa yang dia ada dalam hidup. Kau nak apa lagi? Tak cukup dapat kerjaya yang baik? Tak cukup dapat perempuan yang 'boleh aku kata sebagai baik' dalam hidup kau?

Eh, kalau tak boleh nak menghargai orang sekeliling kau.. pergi duduk sendiri-sendiri. Jangan kata nak bercinta.. jangan kata nak berkawan.. itu bukan dunia kau. Dunia kau hanya tentang diri kau.

Cukuplah. Aku dah letih dengan manusia macam kau ni.

11 comments:

Nbl Fzr said...

oh la la la

PAP said...

manusia tak pernah nak rasa puas...lumrah atau nafsu serakah?
tak perlu kot nak layan manusia macam ni.

w said...

dah, nama pun manusia.

Syahril said...

fuuiihhh tak tahan tahap max dah tu... sy phm awk sure letih ngn manusia cm dia... kalo sy pon mybe cmtu gak kot... entah2 lg teruk... huhuhu...

tapi... mau tak mau kita tetap kena sabar... sabar dgn org cmni... dgn cara berhikmah... mana tau Allah nanti asbab awk bsabar ngn org tu... Allah bg hidayah kat dia... awk pun dpt share...

papepun... yg pasti Allah tgh menguji awk...

Firman Allah, maksudnya: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman’, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui yang manakah orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut: 2-3)

fai said...

bersabarlah

Anonymous said...

gtau la dia kalu xpuas ati

Min said...

nabil: lalala
PAP: mungkin nafsu...
wmy: bersyukur itu keperluan manusia..
ahmad syahril: sy sentiasa berdoa perolehi ketenanganNYA.
fai: i know...
anonymous: sudah diberitahu..

Aku... CikSekut said...

Jangan letih menegur. Mungkin hari ini hari Allah menguji dia, tp kita tak tahu pula bila hari kita jika Allah nk uji kita. Kalau tak larat tegur dgn perbuatan, tegur dgn kata-kata, tak larat juga cukup sekadar tegur di dalam hati... itu selemah-lemah iman tu. Mana tahu jika Allah uji kita pula, hopefully ada org lain yg sudi menegur spt apa yg pernah kita buat... :)

Min said...

cik sekut: menegur itu sampai bila?

Aku... CikSekut said...

min, mengur itu tak ada had dan jangkamasa sebenarnya. sebab itu teguran itu ada tahapnya, tegur dgn perbuatan, jika dah tak larat begitu tegur pula dgn kata2... jika tetap x mampu, tegurlah dgn hati... cukup sekadar ckp dlm..."apa yg kamu buat itu sgt salah dan aku harap kamu sedar"

cth terbaik adalah ibubapa min, adakah istilah penat dalam jiwa ibubapa menegur kesilapan anak2. jika ada istilah penat pd mereka min, pincanglah kehidupan anak2. cthnya banyak min. concept itu seharusnya kita guna pakai utk semua org tak kira siapa mereka samada kita kenal atau tidak, islam atau bukan islam... :)

Min said...

betul....min sedang duduk dan fikir...