Monday, March 26, 2012

Bicara Bisu.


Tatkala kamu minta agar aku meluah apa yang tercengkam...
Aku bina barisan bicara agar tiada yang bakal dikesalkan.

Sebanyak mana sekalipun aku mengerti keadaan kamu.
Aku juga pohon pengertian kamu.
Tidak cukup dengan renungan mata kosong itu.

Melihat aku bagai bicara ini tiada berisi tiada erti.
Aku masih hidup atas hitam yang 17.
Aku masih bernafas dalam ngeri malam yang itu.
Dan bicara yang sama aku lahirkan walau dalam gagap dan gemuruh.
Dengan penuh pengharapan agar kamu menegerti.
Agar tidak lagi ditanya atas dasar apa hati ini mati.
Agar tidak lagi dipersoal atas dasar apa wajah itu tak lagi mampu aku lihat walau sekilas.
Agar tidak lagi dipertikai atas dasar apa aku tak lagi mampu tertawa atas jenaka bodoh.
Dalam seksa jiwa yang penuh amarah.
Lelah aku menahan rasa.
Lelah aku menahan kecewa.
Lelah aku menahan luka.
Yang akhirnya bernanah dan menghasilkan busuk kecewa.

Maaf.
Aku tidak lagi mampu menoleh dan tersenyum.
Semakin lama hati ini semakin terkepung.
Dengan rasa tanpa suara.
Terbuku tercengkam pabila kamu bisu seribu bahasa.

Mungkin aku keterlaluan untuk berfikir yang bukan-bukan.
Bagaikan kamu membiarkan.
Bagaikan hanya dia yang perlu di mengerti dan aku hanya perlu menyimpan dan terus membungkam.


Maaf.
Aku bukan tidak mahu mengerti kamu.
Jiwa kamu yang sedang gelora.
Rasa kamu yang mati tiba-tiba.
Cuma aku juga perlu difahami.
Pabila maruah di pandang sebelah mata.

Mungkin aku hanya perlu bicara bisu.
Bisu.
Bisu.

Thursday, March 22, 2012

Jauh


Genap satu bulan 7 hari aku di sini.

Walau dengan rasa sepi...walau dengan rasa sunyi... aku lihat indah jua dalam hijrah ini. Tidak banyak beda dekat atau jauh... kalian tetap punyai modal cerita. Di lama sosial, BBM, SMS atau di depan rezeki yang mahu disuap ke mulut cuma. Namun sekurang-kurangnya... dengan tidak melihat aku, kalian punyai peluang untuk sedikit melupakan. Dan dalam melupakan, kalian bakal mengumpul kembali pahala yang hilang dalam dosa yang kalian tabur bersama kaji dan cerca kalian pada aku. Aku dihantar jauh dari keji kalian. Yang tiap kali melihat mahu julingkan mata hingga kelihatan bakal jatuh bergolek ke lantai. Aku dijauhkan dari memberi ruang pada kalian mengumpul dosa dalam cerca yang tak berkesudahan.

Dosa kalian mencerca, menghinam merobek maruah aku telah lama aku maafkan. Tiada dendam yang bertakhta. Tiada kesal yang terukir. Yang tinggal hanya sekeping hati yang masih mahu terus hidup biarpun telah kehilangan segalanya. Walaupun telah diragut dan dirobek maruah dalam misi kalian.

Semoga kalian bahagia, terus bahagia.

Wednesday, March 21, 2012

Bila mahu berakhir.


Sudah dua minggu.
Sayu dalam sendu yang dalam.
Malam yang masih dalam igauan semalam.
Bila mahu berhenti.
Bila mahu mati serangan cerita ngeri.
Letih.
Lelah.
Tidak mahu lagi melalui hitam cerita itu.
Tiap malam tanpa undangan.
Tiba dalam igauan menyesakkan.
Setiap inci tubuh.
Setiap nafas dan sendu.
Hilang dalam sebak yang membungkam.

Monday, March 12, 2012

Penat

Hati yang kecewa.
Penat mengemis.
Penat merayu.
Entah hingga bila.

Thursday, March 8, 2012

KAYA

Letih dengan satu demi satu dugaan yang datang.
Bila agaknya senyum akan kekal berpanjangan?

#bila nak kaya ni?

Sunday, March 4, 2012

$%&#+

Tak tahu dosa pada suami?
Lantak ko la!
Semua hal suami
Semua perangai suami
Semua nak kongsi?
Sukati ko lah!
Bukan dosa aku pun.
Bukan aib aku pun.
Perempuan gila.

Friday, February 10, 2012

Ampunkan Aku Ya Allah...

Biar hati ini sepi seketika.
Tidak mahu melihat pada yang tersimpul.
Tidak mahu mendengar apa jua cerita sini dan sana.
Biar hati ini diam dari bicara.
Agar tidak bertindak atas dasarnya sahaja.
Biar jiwa ini diisi dengan cinta pada DIA yang maha ESA.
Tiap air mata yang gugur ini hanya untukMU Ya Allah.
Tiap sujud ini hanya untukMU Ya Allah.
Atas kekhilafan aku melihat dan menilai.
Atas kelukaan yang aku cipta dalam tidak sedar.
Atas kekecewaan yang aku jadikan teman seharian.
Ampunkan aku Ya Allah..
Sering menjauh dan hanya kembali bersama desah dan deras air mata.
Ampunkan aku Ya Allah..
Dalam riang sering kealpaan.
Dalam gundah sejadah dicapai....
Ampunkan aku Ya Allah....
Khilafku pada jiwa ku.
Pincangku pada imanku.
Rapuhku pada hatiku.
Namun cintaku tetap utuh UntukMu.
Tuhan yang satu.

Thursday, February 9, 2012

**Emo pagi

Saya tahu dalam saya mahu pergi jauh.. Ada yang berlagu riang. Mahu kenduri kesyukuran. Peluang yang mungkin di tunggu dan di nanti sambil melonjak-lonjak bagai anak kecil dihulur aiskrim pelangi. Saya hanya mampu berpesan. Jangan kerna jarak yang jauh kalian girang mahu berbalik pada asal. Jangan kalian mahu bertepuk dan meraikan pemergian. Saya bukan pergi untuk mati. Saya membawa amanah dan maruah. Dan saya tidak meninggalkan hatinya sendiri. Hanya jarak. Bukan menjauh dari cinta dan perasaan. Hanya jarak. Bukan kebencian atau dendam.

Sunday, February 5, 2012

Awk ok ke?

Bila orang tanye aku ok ke? Aku hanya mampu jawab aku ok. Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran dan hati aku sekarang. Aku tahu setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Aku bakal pergi jauh. Perjalanan yang tak pernah lagi aku tempuhi. Kali ini betul2 jauh dari orang tersayang. Dari umi,ayah dan adik-adik. Dari kekasih yang baru mahu dekat dan sentiasa denganku. Dengan anak-anak didikku yang selama ini aku hargai dan terlalu menghargai aku. Dari teman serumah yang menyayangi aku. Dari kenangan dan teman-teman yang sentiasa di sisi aku. Aku pergi jauh. Mungkin tidak perlu menaiki kapal terbang atau tidak mampu dihubungi...namun ini penempatan yang paling jauh aku bakal lalui.

Aku ok ke?
Banyak kegusaran yang bermain di benak. Banyak bisikan negatif yang berlegar-legar di fikiran. Banyak suara-suara sayu yang berbicara di hati.

Mampukah aku lalui dugaan baru ini YaTuhan...
Mampukah aku melalui cabaran baru ini...
Mampukah aku tersenyum kembali selepas sekian lama aku melalui keperitan yang panjang...

Aku hanya mampu memohon kepada Yang Esa..
Agar aku kekal tabah dan cekal.
Agar mereka yang aku kasihi tidak akn pernah pergi dan hilang hanya kerna jarak yang memisahkan.

Untuk mereka-mereka yang aku kasihi...
Jangan pergi meninggalkan aku..
Jangan hilang hanya kerna jarak yang beribu batu...
Jangan sepi hanya kerna aku kini bukan lagi di sisi dalam jarak yang mampu digapai...
Kasihku takkan pernah hilang..
Cintaku takkan pernah padam...
Hanya perlu pergi untuk perjuangan yang baru...
Masa depan yang baru..
Atas redha dan doa kalian..
Agar aku menjadi kebanggan..
Untuk kalian sebut sebagai orang yang kalian kenali dan kasihi.

**ok ada org kata jangan stress nanti cepat tua. Mari kesat air mata...

Monday, January 30, 2012

I'm in LOVE!

Saya sangat bahagia. Saya baru kenal dengan seseorang. Setiap kali die senyum... Setiap kali dia pandang.. setiap kali dia tolak rambutnya ke belakang.. hati saya mencair dan terbuai penuh ceria.
Erm.. I think I'm deeply in love with him.


Okay-okay.. saya tahu ni mimpi yang tak mungkin jadi kenyataan. Tapi dia sangat comel.. :)