Sunday, November 14, 2010

Tentang Lelaki..

Apa yang berlaku minggu ni?
Owh..
Bercakap tentang Anuar zain dan Asmara di TV3**
Juga tentang mereka;
Dia sangat comel..
Eh tengok yang tu pun kiut!
Alamak, ada isteri la pulak--- teet reject.
Eh, yang tu nampak simple je..
Attractive!!

**Akibat zaman sekolah tak punyai hati.

ERK!! adakah hati dah terbuka?? :)

Tuesday, November 9, 2010

Wajah









Mereka hadir dan pergi. Hadir kembali dan mengukir senyum. Seketika. Bahagia dan derita. Mereka adalah sebahagian kisah saya. Wajah - wajah yang pernah membahagiakan saya.

Sunday, October 31, 2010

Ops Bersih.

Prmulihan Hati. Sangat Susah.
Terlalu banyak kekotoran yang terpalit.
Kalaulah ada clorox untuk hati yang kotor.
Mungkin lebih mudah.
Tak mungkin terkandas dalam perjalanan yang goyah.

Saturday, October 30, 2010

Thinking back.

Duduk seorang diri memang kadang-kadang boleh mendatangkan rasa sunyi dan kosong. Despite having everybody around you.. you just feel empty. Dan kala kosong bersarang, kita cuba untuk tidak berfikir yang bukan-bukan. Mengelakkan hati terganggu membawa kepada karutan yang bertimpa. Jadi.. cuba hubungi kawan-kawan (boleh dikatakan kawan lama- yang kita sentiasa ada untuk mereka)

Betul kata sesetengah yang telah mengalami ini.. saat kita memerlukan, cari dan mereka pasti jauh atau mahu pergi. Dan saat kita diperlukan... Kita berdiri sambil senyum dan menanti.

Salahkan keadaan bukan jalan penyelesaian. **sedih kerana dah siap bermake up dan berbaju baru tapi tiada yang mahu ketemu.

Dan betul juga kata-kata umi yang paling saya cintai.. kalau rasa sepi.. tadah tangan mohon ketenangan.

Dan air mata ini berguguran. entah sedih kerana apa. Entah apa punca cerita. Entah dari mana datang tsunami jiwa. Tapi.. ya.. saya tersedu dalam tangan yang menadah dan sujud yang menyembah.

Subhanallah.

Friday, October 15, 2010

Di mana saya hilang.

Dua minggu. Dan hati saya masih tidak mahu berpaling. Wajah sayu siapa. Entah kesal atau hanya kata-kata. Saya lihat lebam yang bertanda. Ini bukan kehidupan yang selayaknya untuk manusia.
Hairan. Hari hari saya adalah untuk menegakkan hak teraniaya. Mangsa rogol, cabul, samun, bunuh.. Siapa akan berdiri bersama diri saya? *** masing-masing diam.

Sedangkan Nabi s.a.w maafkan umatya. Oh saya sudah tau itu. Tak perlu ulang seribu kali. Kerana saya cuma insan biasa. Kosong jiwa kadangkala.

Saya tak mahu ini. Yang saya mahu hanyalah satu. Ketenangan.

Damai selama dua minggu ini hanyalah kesepian. Saya sepi. Tapi saya juga tenang. Biar kekal begini. Biar malam-malam saya tiada lagi ketakutan dan kesakitan. Biar tiada lagi mimpi menyentap tidur. Kelam.

Sunday, October 3, 2010

He's no longer available









(kenangan yang tinggal)






Mendapat tahu dan menerima dari dulu. Kami tidak pernah ditakdirkan bersama. Percubaan yang gagal hanya selama 6 bulan....dan dia akan menyusuli yang lain-lain bersama kehidupan baru. Perpisahan kami atas satu hati yang terluka. dan saya tahu kini dia bahagia. Itu memang selayaknya untuk dia. Saya tidak pernah membenci atau berdendam. Marah juga sudah hilang. Perjalanan kehidupan antara kita berakhir tatkala kamu menjadi milik yang lain. Memori 11 tahun lalu akan saya pahat dalam ingatan. Cinta saya tidak pernah padam dan hilang. Air mata dan sejarah antara kita telah saya kunci dalam peti yang saya akhirnya lempar ke lautan. Biar ia pergi bersama kebahagiaan kamu. 10 tahun saya mengejar cinta kamu. 6 bulan kita cuba mengemudi bahagia. Dan kita tewas pada keegoan kamu dan saya. Kamu seharusnya bahagia.

** sentiasa mendoakan kamu bahagia bersama dia.

In memory of Megat Mohamad Megat Omar~~
4E1 SMTKL

Saturday, September 25, 2010

Tahun depan kawin.

Umi kata saya perlu kawin pada 23.4.2011. Dan saya termenung dengan kenyataan itu. Macam mana saya nak kawin kalau saya tak punya senarai yang mampu menjaga pulih hati jiwa saya? Masalah besar. Mungkin umi bergurau? Tapi bunyi macam sangat serius dan yakin.

Bila saya marah dengan kenyataan umi. Umi senyum dan kata.. "insyaallah ada tu.. yakin dengan doa umi"

Masalahnya bukan yakin atau tidak saya pada doa si ibu.

Masalahnya adalah saya sendiri tidak tahu adakah perkahwinan itu antara kemahuan saya?

Pening.

Boleh atau tidak saya memilih untuk tidak berkahwin?

Ok saya hampir masuk 28 tahun. So? Kerana angka itu saya perlu menjadi isteri? Saya rasa itu persepsi yang salah. Siapa sokong saya? (Aduh nana, jangan kata saya sudah tua..)

Ada siapa-siapa mahu saya berkahwin?

Ya aisyah.. jangan angkat tangan terlalu tinggi ya. Saya tahu kamu mahu saya menjadi isteri supaya kamu tak perlu menunggu giliran. Takpe.. kamu potong sahaja giliran saya. Saya tak minta apa-apa.. (cuma nak cincin sebentuk boleh?) haha...

Aduh. Jiwa saya celaru. Ok. Saya tahu saya perlu banyak berdoa dan dekatkan diri padaNya supaya saya tenang. Tapi saya juga manusia biasa. Mungkin tenang itu masih belum milik saya?

23.4.2011?? Apa bakal terjadi pada tarikh kelahiran umi saya ini?

----kompius----

Wednesday, September 22, 2010

Biar malam berbicara

Kalau malam mampu berbicara..
Mungkin malam akan menitiskan air mata..
Bersama hela nafas yang semakin terhenti.
Tersekat dalam jiwa yang semakin kosong dalam diam.

Berbicaralah wahai malam.
Biar mereka tahu bagaimana tidurku dalam tangisan.
Biar mereka dengar sendu dalam setiap titisan..

Dalam sujud dan dalam tangan yang ku tadah..
Ku isi kekosongan yang semakin jelas.
Menyebut namamu ku kembali tenang..
Mataku pejam.
Tangisan makin hilang.
ALLAH..
Satu pengakhiran kekosongan.

Wednesday, September 8, 2010

perlu faham.

bila kita terlalu kasih.. tak bermakna kita perlu memiliki tiap hela nafasnya.

Wednesday, September 1, 2010

Boleh maafkan saya?

Saya rindu kamu.
Maafkan saya.
Apa juga salah saya.
Ya?