Thursday, August 13, 2009
RTM oh RTM
saya sedang sibuk menyediakan proposal untuk pitching di rtm isnin ini. Haish.. rasa macam otak dah berkarat beku dan tak mahu berfungsi. Inilah akibat hari-hari hanya tahu baca pertuduhan dan tekan hukuman... bila tiba masa untuk berkarya, komputer terpasang tak ada tulisan yang menari. akhirnya mata pejam. Tidurla apa lagi...
Wednesday, August 12, 2009
GILA
mereka kata saya gila.
sebab saya tak pernah mahu berhenti.
berlari tanpa tahu garis penghujung.
kali ini saya mahu terbang tinggi.
sayang sekali.
sayap patah tak berjahit tak bertampal.
Jadi apa mungkin saya sudah harus capai titik noktah?
hati saya geleng.
tak nampak di cermin.
minda saya angguk.
tak nampak di kaki sendiri.
nantilah saya fikir lagi.

I love you
if only i know you love me
now that you know?
i'm in love with her.
I understand.
But... i do have feelings towards you.
Don't. That will break her heart.
I know.
Good bye.
I wannna be with you.
Be with her. She loves you.
now that you know?
i'm in love with her.
I understand.
But... i do have feelings towards you.
Don't. That will break her heart.
I know.
Good bye.
I wannna be with you.
Be with her. She loves you.
Thursday, August 6, 2009
Tenang
Alangkah bahagianya bila malam datang dan saya dapat merasai sentuhan kasih itu. Membaluti setiap ruang tubuh saya dan setiap rongga nafas yang ada. Di dalam deraian air mata bersama sujud yang terakhir, saya merasakan ketenangan abadi. Kalaulah setiap detik ketenangan itu lahir dalam jiwa...
Ketenangan yang terlalu indah dan damai. Tidak tertanding oleh cinta manusia. Tiada debat. Tiada nada suara. Hanya saya dan DIA. Mencurahkan segala yang terpendam. Mendengar setiap degup nadi yang berdetik.
Saya tahu DIA sayangkan saya.
Saya tahu hanya DIA mendengar segalaNya.
CintaNya terlalu menusuk jiwa.

hidup
Adik,
Kenapa tak pernah faham?
Entah apa lagi adik buat di kedah tu.
Entah siapa la yang berkawan dgn adik dekat sana.
Tolonglah.
Jangan lukakan lagi.
Jangan tambahkan lagi.
Cukup.
Kenapa tak pernah faham?
Entah apa lagi adik buat di kedah tu.
Entah siapa la yang berkawan dgn adik dekat sana.
Tolonglah.
Jangan lukakan lagi.
Jangan tambahkan lagi.
Cukup.
Sunday, July 26, 2009
Perginya Seorang Yasmin Ahmad
Yasmin Ahmad.
Perginya seorang pejuang.
Aku pasti tiada yang mampu menjadi Yasmin.
Al Fatihah..
Perginya seorang pejuang.
Aku pasti tiada yang mampu menjadi Yasmin.
Al Fatihah..
Saturday, July 25, 2009
Ketika hati semakin sayu .
Aku berteleku di sejadah.
Merenung dan berfikir tentang keadaan yang berlaku.
Saya kasihkan kedua insan penting dalam hidup aku..
Yang bertanggungjawab melahir, membesar dan mendidik aku.
Ada ketika hati aku berdetik.
Aku mahu segera menghapuskan segala masalah mereka.
Hati saya tidak lagi sanggup melihat kekecewaan mereka.
Tidak lagi sanggup melihat kusut pening mereka.
Umi telah banyak berkorban demi jiwa yang sepuluh.
Umi bekerja berpatah tulang.
Bukan sedikit perjuangan.
15 tahun umi sendiri.
Hari ini masih sendiri.
Aku mahu umi senang.
Aku mahu umi jauh dari hutang dan permintaan.
Letih.
Yang seorang di Seremban..masih mencari arah tujuan.
Yang seorang di Gombak .. berjuang dalam perundangan.
Dua orang di Kedah..Yang pernah melukakan.
Harapan demi perubahan.
Yang dua lagi di Johor..
Masih berjuang demi PMR.
Yang dua lagi..
Masih belajar berlari dan gosok baju sendiri.
Pilu.
Ayah juga keletihan.
Usia makin bercambah.
Sebak dada ini.
Ayah masih keluar subuh hari.
Hari ahad bukan hari cuti.
Tuhan..
Kenapa setelah aku cuba sepenuh jiwa..
Setelah aku gadai segala kudrat yang ada..
Aku masih anak yang gagal...
Aku masih tak mampu sempurnakan keperluan..
Aku masih tidak dapat jadikan mereka senang.
Perjalanan kudratku masih panjang.
Akan aku sempurnakan impian..
Beri angah masa umi, ayah..
Beri angah masa adik-adik..

Wednesday, July 22, 2009
Ketika kotak minda sepi
Saya duduk dan saya berfikir...
Semakin hari penulisan saya semakin kosong.
Di mana silapnya?
Semakin hari penulisan saya semakin kosong.
Di mana silapnya?
Sedih?
Hati saya sedih hari ini.
Sedih sebab saya ditipu orang yang saya sayang...
Sekarang dia jauh dari saya..
Saya lakukan segalanya untuk dia..
Kerana saya sayang dia.
Kerana dia sebahagian dari darah yang mengalir dalam badan saya..
Hari ini saya sedih..
Sebab saya dapat pesanan dari orang atasan saya..
Pesanan yang dingin.
Apa salah saya?
Hati saya sedih hari ini..
Saya dengar banyak kisah duka..
mereka-mereka yang menjadi sebahagian hidup saya..
Tuhan..
Lindungi mereka semua..

Wednesday, July 8, 2009
Sampah
Bahagia jiwa
Bukan hanya cinta
Peluk cium belai kasih
perlu apa
Lahir yang baru
semua lama lupa
diari coklat tutup kunci buang
sampah.
Hidup lebih dari itu
Lebih dari cinta
Jiwa..
Perlu apa
kalau hujungnya
sampah.
Mahu apa selagi hidup dalam dunia
Nafsu bersama layar
Kiri kanan kesah dengus
Puas.
Darah dan dara.
Berbadan dua
Semua berkahir dengan anjing gigit bayi tak berdosa
Sampah.
Benci!

Subscribe to:
Posts (Atom)