Sunday, February 8, 2009

Dia Berdua

EXT. Lebuhraya - malam

Aku
Kamu cuba larikan diri dari saya?
Dia pandang dengan wajah selamba.
Dia
Tak.
Aku senyum sinis dan menarik nafas perlahan.
Aku
Kenapa kamu ignore saya?
Dia
Kita kena percaya pada Qada' dan Qadar.
Aku
Tapi kita perlu ada effort kan?
Dia
Ini kan effort? layback, enjoy the lovy dovy ride.
Aku mengeluh. Dia ini takkan pernah belajar menghargai kehidupan dan kejujuran.
INT. Rumah Aku - malam
Aku cuba hubungi dia lagi. Aku jadi bingung dan putus asa. Telefon berkelip. SMS dari nombor yang aku tak kenali. "call dia balik". Aku mengerti sekarang. Pasti telefon dia kena bar. Aku bergerak pada komputer dan klik pada maybank2u. Masuk dan pergi pada online bill payment. Cari nama dia dan membayar. Confirm? Mouse ku tekan. Successful. Aku salin no rujukan. Telefon bimbit ku capai. 123-maxis. Aku minta talian dia disambungkan. Sekali lagi telefonku berkelip.
"Thank u is not the best word.. update me ur schedule k sweety. I have things to ask ur opinion.. sorry for this. May god bless u."
Aku tekan back dan telefon ku campak ke atas sofa. Lelaki ini pandai bermain kata-kata. Sweety? Sweet sebab aku bayar bil telefon dia.
* * *
Soalan : Adakah dia hubungi aku dengan bil yang aku bayar?
Jawapan : Sekali sekala.
Soalan : Maksud sekali sekala?
Jawapan : Bila aku kata hye. Bila aku tanya khabar. Aku bukan dalam hati dia.
Soalan : Jadi kenapa bayar bil dia? Jadi kenapa masih menanti dengan sabar? Jadi kenapa biarkan? Do something!
Jawapan : Tak tau nak jawab apa.
Ini kisah Aku. Juga KisahDia. Aku kongsi. Dia berdua kawanku. Tapi dia berdua perlu lakukan sesuatu.

Saturday, February 7, 2009

DAH TAU DAH..

Aku dah tau kenapa aku MOOD SWING.
Terlambat bulan ni. ~lalalala~

Friday, February 6, 2009

Rindu ~




.Aku Rindu Mereka.

Eka

Nak Cerita. Hari ni sibuk. Tak dapat nak menulis sebab otak dah penuh dengan kes-kes yang menjelikkan dan meloyakan tekak.
Malam tadi. Jenguk kawan yang ada masalah rumahtangga. Bercerai? Diceraikan?. Itu saya tak pasti. Apepun... semalam ada pengalaman baru, di rumah kawan yang seorang ini saya dikenalkan dengan seseorang namanya Eka dari Indonesia. Gadis ini sangat menarik. Bercerita tentang hidupnya. Dia duduk di depan saya dan menjadi penglipur lara.
Bercerita dari zaman smr ke smp nya. Sekarang menuntut di MONASH Sunway. Dia sangat menarik. Ya iya dong.. haha.. saya terhibur dengan ceritanya. Suaranya ya enak.. Eka cukup pandai main gitar sambil menyanyi.. Hidup Eka bagaikan terlalu sempurna. Eka berpacaran dengan pria dari Jeddah namanya Abdullah...
Kisah Eka seakan-akan cerita2 indonesia yang saya nonton di tv. (Terpengaruh dengan bawang merah bawang putih???).
Saya pingin ketemu Eka lagi.
Lalala.. aku pulang jam 2 pagi.. Hari ini badan melayang. Tapi pengalaman ini sangat indah.

Thursday, February 5, 2009

Tak best

Malam tadi tidur cepat. PENAT. Tapi tiap-tiap satu jam..terjaga. Tak best langsung. Rasa tak sedap hati. Kenapa ya? Bangun pagi badan rasa tak sedap. Hari ni mesti nak mood swing. Aduh. KAWAL EMOSI.

Wednesday, February 4, 2009

Lelaki Uzur


Tersentuh. Mungkin thats the best word to describe my feelings yesterday. Di atas ini, gambar yang aku sempat snap dalam perjalanan balik dari ofis. Hujan renyai. Aku perlahankan kelajuan. Pandang ke kiri. Dia tak punyai kaki kanan? Ya Allah.. motosikal beroda tiga itu terlalu uzur untuknya.
Seorang lelaki memperlahankan motosikal. Memimpin motosikal si lelaki uzur ini sehingga ke simpang. Mulianya hatimu lelaki.
Aku rasa aku perlu mengesat air mata. Nafasku ku tarik dalam. Kasihan lelaki uzur ini. Motornya tua, kaki kanannya tiada. Dan.. lori2 serta kereta-kereta besar bagaikan gajah yang hendak memijak lumat keseluruhan jiwanya.
Duhai Tuhan.. Kau lindungilah dia. Walau siapapun lelaki uzur ini.. Dia pastinya lelaki tabah yang aku doakan Syurga..

Tuesday, February 3, 2009

Malu

Catatan ini untuk mengingatkan saya dua perkara. KERJA dan MEMBACA. Saya telah melakukan kesilapan besar. Tidak peka pada keperluan masa. Saya tahu file telah sampai lambat di meja saya. Jumaat lepas. Saya tidak terfikir untuk melihat isinya. Hari ini saya segera taklimat. Aduhai.. hari ini genap 14 hari jika mahu buat rayuan atas penghakiman.
Saya perlu membaca. Tadi saya belajar tentang rayuan, penggunaan Seksyen 173A dan 294/294A Kanun Acara Jenayah. Maafkan saya. Saya akan lebih berhati-hati.
Mahu sedapkan hati. Saya pujuk diri sendiri. Sekuran-kurangnya saya selamatkan masa depan seorang insan. Mungkin ada hikmahnya.

Sentuhan

Saya makan tengah hari bersama teman-teman sepejabat seperti biasa. Soalan dari salah seorang rakan telah mengusik hati saya. Mahu tau soalannya? Saya sendiri kurang ingat ayat yang sebenarnya. Tapi lebih kurang begini:

"Tak ada ke yang touches ur heart?"
Saya kira soalan ini terlalu dalam menyelinap masuk ke dalam hati saya. Kalaupun ada... saya punyai terlalu banyak perkara, tanggungjawab, perkiraan yang perlu saya beri pertimbangan. Bukan memilih. Saya tidak pernah memilih.
Kata aishah (adik saya), tanya hati sama ada dia akan menjadi orang yang dapat membawa saya ke syurga. Adik yang seorang ini peminat setia Habiburrahman El Shirazy. Saya serah segala-galanya pada ketentuan Yang Maha Esa. Bukan tak mahu berusaha. Tuhan tahu saya sedang dan masih berusaha.
Seorang teman pernah mengingatkan saya. Tak semua boleh ikut perjalanan hidup saya. Itu saya tau. Terlalu susah untuk saya leraikan di sini. Nantilah. Saya jelaskan bila ada kelapangan waktu.

Ketulusan Hati...


Tak ada kata yang dapat menggambarkan betapa aku bersyukur di kelilingi individu-individu yang menyayangi danmenghargai aku. Terima kasih Puan Izzaini..atas kesungguhan mencari sesuatu utk hadiah hari jadi...dan.. berjaya membuatkan aku makan cup cake!!! (Aku tak suka makan cup cake sebelum ni).. Love u lots...

Sunday, February 1, 2009

~andai dia tahu~

Cukup 4 hari aku tak produktif. Idea aku mati. Mati dengan segala yang berlaku di sekeliling. Jenguk blog seseorang. Hati aku jadi hampa & kecewa.
Alangkah baiknya kalau dia tau betapa hati kami telah dihancurkan. Alangkah baiknya kalau aku ada kekuatan untuk meluahkan betapa aku pernah menjadi dia. Ingin mencari kebebasan hakiki yang akhirnya aku kesal sehingga hari ini.
Berlibur. Membuat keputusan yang salah. Pilihan yang bodoh. Semua itu aku.
Ketika dia berontak mahu difahami. Ada hati yang sedang menangis memohon didengari. Ketika dia seronok membilang bintang. Ada air mata yang mengalir bersama sujudnya pada Illahi.
Berapa dalam lagi luka yang mahu dia torehkan?
Berapa banyak lagi parut yang mahu dia basahkan?
Mungkin berbezaan antara aku dan dia hanyalah sejarah. Sejarah hitam yang membuatkan aku terus-terusan membuat pilihan yang salah. Jangan jadi seperti aku. Kesal. Serik. Penat. Semuanya terpaksa aku hadapi tiap malam tidurku. Tiap sujudku bersama air mata.
Duhai Tuhan... Aku kesal kerana aku menjadi hambamu yang lupa dan leka. Aku kesal kerana saat dan ketika ini aku tak berdaya melakukan apa-apa.
Duhai Tuhan... Aku mahu lempar segala amarah dan kebencian ini. Aku mahu memaafkan dan melupakan..
Duhai Tuhan...Aku terlalu rindukan dia. Gelak tawa dan bicara ceria.
Duhai Tuhan...berikanlah dia kekuatan. Berikan dia kefahaman dan pengertian. Kasih ini takkan pernah hilang.