Monday, November 30, 2009

Pergilah.

saya putus asa dengan keadaan dia dan saya.
saya letih melayan emosi dia hanya untuk dia.
kalau dia mahu sendiri.
Pergi.
Jangan datang lagi.

Wednesday, November 25, 2009

????

Kalau kerja asyik tidur. Bangun tulis blog. Tidur lagi. Update facebook. Itu namanya melampau!!!!!!

Tuesday, November 24, 2009

Terima kasih cinta

Cinta buat saya terfikir bahagia itu sentiasa ada.
Cinta buat saya rasa semuanya akan kembali seperti sedia kala.
Cinta buat saya berdoa... untuk sentiasa menikmati syukur...

Friday, November 20, 2009

Suami?

Min, bila nak kawin?
Min, dah bertunang?
Min, Takkan tak ada boyfriend?

*grrr

Jelaskan pada saya apa kepentingan suami?
Dalam Islam suami digambarkan seindah-indah kejadian.
Tetapi suami hari ini?
Untuk apa ya?
Untuk merampas hak saya dari keluarga?
Untuk mengambil keringat yang saya tabur demi kehidupan masa panjang?
Untuk melakar parut di badan yang tak tercalar sejak kecil?
Untuk apa ya?

Sudahlah.

Bersyukur itu perlu?
Mungkin bagi mereka yang hidup dalam mewah lahir..bersyukur itu rendah.
Bangun setinggi matahari tegak.
Solat bersama ayam yang sudah berjalan mencari makanan.
Tempat tidur masih tak mahu dikemas sepah.
Rumah masih ke atas ke bawah.
Itu perempuan yang dilahirkan.
Itu perempuan yang menyayat jantung perasaan.
Harapan yang semakin tenggelam sinar bintang.
Melukakan.

Tuesday, November 17, 2009

Nothing is everything.

There are times when I have nothing to say. Nothing to write. Just nothing.

Thursday, November 5, 2009

16.17

Semalam dengan penuh keyakinan pergi membeli sesuatu. Bila time nak bayar... duit cuma ada cukup-cukup. Terpaksa keluarkan syiling sambil mulut kumat kamit cover line 'tak cucuk duit lagi ni'. Sambil letak duit syiling dan angkat payung yang basah dek hujan.

Pergi ATM. Duit ada RM16.17. Ini cabaran ni. Nak pergi Low Yatt hantar labtop umi perlu bayar parking. Garu kepala sekejab dan kaki tetap masuk dalam kereta sambil cek meter minyak. Nasib dah isi penuh dan Touch & Go masih berbaki.

Sambil bawa kereta telefon sana sini minta 911. Nasi baik ada yang tolong. Fuh... dapatla bayar parking dekat Low Yatt dan makan alas perut.

Lain kali jangan beli make up atau pencuci muka. Berjimat! Itu pengajarannya. *sigh.